Ada orang suka bau minyak pati ini tapi ada orang yang tak tahan dengan baunya. Bagi orang yang baru berjinak – jinak dalam dunia minyak pati, mungkin melihat minyak pati dari segi bau sahaja.
Maaf ye tuan dan puan, minyak pati bukan seharusnya dilihat melalui bau sahaja tapi ia harus dilihat dari kandungan minyak pati itu sendiri. Apakah campuran minyak pati itu beri manfaat kesihatan pada diri?
Adakah minyak pati lavender yang beri ketenangan pada diri perlu untuk diri? Ataupun minyak pati peppermint perlu untuk turunkan suhu badan jika demam?
Bau wangi hanya bonus tapi manfaat yang diperlukan oleh badan yang perlu diutamakan. Betul ke minyak pati bau busuk? Mitos mengatakan jika anda bau minyak tu busuk ertinya badan anda perlukannya. Tapi ada juga yang mengatakan jika ia bau busuk ia tidak sesuai untuk anda.
Tidak. Keduanya tidak benar. Jika anda rasa bau ia busuk, ertinya anda hanya tidak suka baunya. Contohnya ada orang suka bau pewangi lemon tapi ada orang yang suka pewangi lavender.
Jadi masing-masing punya cita rasa sendiri. Percaya tak cita rasa anda juga dipengaruhi oleh memori. Ada orang yang tidak suka bau minyak pati haruman bunga kerana terkenangkan kepercayaan tahyul.
Ada juga yang sangat suka bau sesuatu minyak pati kerana ia terkenangkan memori indah bersama yang tersayang. Oleh kerana minyak pati berasal dari tumbuhan ia menghasilkan baud an konsistensi yang berbeza.
Hal ini dipengaruhi oleh musim, tanah dan cuaca tumbuhan itu di tanam. Jika anda dapati minyak pati bau dalam botol ini berbeza berbanding sebelumnya, tahulah anda ia sebenarnya minyak pati asli.
Di NARINAR setiap formula minyak pati yang dihasilkan mementingkan bau selepas manfaatnya. Jadi jangan risau dengan bau yang anda dapat dalam setiap botol 10ml kami.
Ramai yang berpuas hati dengan baunya di samping kesan kesihatan sepantas 15 minit mereka rasai. Tak percaya? Cubalah sendiri. Hubungi konsultan NARINAR anda sekarang.