Apa itu Carrier Oils (Minyak Pembawa)?

Apa itu Carrier Oils (Minyak Pembawa)?

 

Minyak pembawa atau carrier oil atau base oil ialah minyak sayuran hasil diperolehi dari lemak tumbuhan, biasanya melalui benih, kernel atau kekacang.

Jika Essential Oils (minyak pati) diguna terus pada kulit, ia boleh menyebabkan iritasi yang teruk, kemerahan atau reaksi lain bagi sesetengah individu. Minyak pembawa digunakan untuk mencairkan atau melembutkan kepekatan Essential Oils untuk kegunaan topikal iaitu sapuan terus pada kulit.

Gel aloe vera dan losyen badan tanpa bau juga boleh digunakan sebagai “pembawa”. Tapi bagi artikal ini kita fokus pada kegunaan minyak sayuran semulajadi sebagai pembawa ya. 

Setiap minyak pembawa menawarkan pelbagai ciri-ciri dengan kombinasi teraputik. Pilihan carrier oil bergantung pada kebaikan teraputik yang kita mahukan.

Losyen semulajadi, krim, minyak badan, minyak mandian, balm dan produk pelembab kulit lain juga menggunakan minyak pembawa dari sayuran. Dari minyak pembawa yang biasa ini bila bercampur dengan losyen semula jadi yang kompleks meyebabkan kesan minyak pembawa yang berbeza, warna, bau keseluruhan dan jangka hayat (shelf life) produk juga berbeza.

 

Essential Oils (minyak pati) vs Carrier Oils (minyak pembawa)

Essential oils di suling dari daun, kulit, akar dan bahagian aromatik lain dari tumbuhan. Essential oils boleh tersejat dan mempunyai aroma yang tinggi konsentrasi.

Manakala minyak pembawa pula diperoleh dari bahagian lelemak sama ada biji, kekacang, kernel dan tidak tersejat atau mempunyai aroma sekuat Essential Oils. Minyak pembawa boleh jadi tengik dimakan masa, tetapi tidak Essential Oils. 

Akan tetapi, jika Essential Oils dibiarkan teroksida ,manfaat teraputiknya mungkin berkurang, tapi ia tetap tidak berbau tengik.

Istilah minyak pembawa terhad kepada pengguna aromaterapi. Dalam penjagaan kulit semulajadi, minyak pembawa biasanya dikenali sebagai minyak sayuran, minyak tetap atau minyak asas. Bukan semua minyak tetap/minyak asas ialah minyak sayuran. Minyak Emu dari burung emu dan minyak ikan juga dikenali sebagai minyak tetap/minyak asas, tetapi minyak dari haiwan ini biasanya tidak digunakan untuk dalam aromaterapi.

 

Aroma minyak pembawa

Sesetengah minyak pembawa tidak berbau (odorless) tapi sebenarnya ia adalah berbau manis dan bau kekacang.

Jika anda dapat minyak pembawa yang ada bau yang kuat dan pahit atau tengik, ia mesti sudah rosak.

 Contoh-contoh minyak sayuran yang biasa digunakan sebagai minyak pembawa dalam aromaterapi

  • Minyak badam
  • Minyak isirung apricot
  • Minyak avocado
  • Minyak biji kamellia
  • Minyak kelapa dara
  • Minyak biji cranberry
  • Jojoba
  • Minyak hazelnut
  • Minyak zaitun
  • Minyak kacang
  • Minyak bijan
  • Minyak bunga matahari
  • Minyak biji tembikai

 

Cara pemprosesan

Minyak pembawa melalui proses cold pressed atau cold expeller pressed. Ini menunjukkan minyak itu telah ditekan pada bahagian lemak tumbuhan tanpa menggunakan haba. Proses ini boleh mengeluarkan haba sebab geseran tapi minyak cold expeller pressed diproses dengan haba yang minimum. 

 Apabila minyak diproses dengan haba yang tinggi, suhu yang tinggi dan jangka masa yang tidak sesuai, pemprosesan ini boleh membunuh nutrisi dalam minyak yang rapuh. Ini adalah sebab penting mengapa minyak pembawa jugak meti melalui pemprosesan yang teliti. 

Nutrisi

Minyak pembawa boleh mengandungi vitamin larut lemak, mineral dan nutrisi lain.

Warna

Warna tidak semestinya penting bila memilih minyak pembawa untuk campuran yang ringkas, tetapi ia penting bila anda buat campuran yang lebih kompleks di mana warna pada produk akhir penting untuk anda. 

Aroma

Aroma sesetengah minyak pembawa boleh sama atau mengatasi aroma Essential Oils dalam campuran yang anda inginkan.

Kelikatan

Kelikatan adalah ukuran rintangan cecair kepada pergerakan dan aliran. Bagi kelikatan minyak pembawa ia boleh dikategorikan kepada kelikatan yang “nipis”, “sederhana” atau tebal”

Elakkan Minyak Mineral (mineral oils)

Minyak mineral dan gel petroleum ialah produk sampingan yang terhasil dari penghasilan petroleum. Minyak mineral bukan semulajadi berasal dari tumbuhan dan ia tidak sesuai digunakan kepada bayi dan juga aromaterapi.

Minyak mineral biasanya digunakan dalam minyak bayi (baby oils) dan banyak pelembab komersial kerana harganya yang murah untuk didapati.  Walaupun ia dari bahan semulajadi tapi proses yang dilaluinya menjadikannya toksin yang tidak sihat untuk badan jika digunakan secara berterusan.

 Ada juga kajian yang mengatakan ia diserap dalam badan dan menghalang vitamin dari digunakan secara maksimum.

 

Cara menyimpan minyak pembawa

Jika anda mahu menyimpan minyak pembawa yang mudah rosak, simpan di dalam botol gelap dengan penutup ketat dan rapat. Simpan di tempat yang redup dah gelap. Botol bulat jenis amber atau cobalt Boston ialah ideal.

Jika anda akan menggunakan minyak sebelum habis jangka jayatnya, anda tidak perlu pindahkan ke botol gelap. Bila anda beli minyak pembawa, pengedar akan paketkan ia dalam botol plastik (PET/HDPE). Ini tidak bermaksud minyak ini tidak berkualiti. Biasanya pengedar gunakan botol plastik untuk menjimatkan pembungkusan dan kos penghantaran dan kebanyakannya pembeli gunakan terus minyak tersebut.

Tidak seperti Essential Oils yang wajib di simpan dalam botol kaca kerana ia boleh menghakis plastik. Ini tidak terjadi pada minyak pembawa.

Kebanyakan minyak pembawa boleh disimpan dalam peti sejuk. Cara ini boleh memanjangkan jangka hayatnya terutama minyak yang cepat rosak seperti minyak biji borage. Walau bagaimana pun minyak avokado tidak patut di simpan di dalam peti sejuk. Minyak yang di simpan dalam peti sejuk akan mengeras atau menjadi keruh dan ia perlu masa untuk bertukar pada suhu bilik sebelum sedia untuk digunakan.

 Minyak pembawa dan bau tengik

Bau tengik sinonim dengan bahan yang sudah rosak. Tahap lemak asid semulajadi, tocopherols, cara pengekstreksi dan sifat-sifat minyak boleh mempercepatkan minyak pembawa jadi tengik.

Jika anda dapati minyak pembawa ada bau yang kuat, aroma pahit maka minyak itu dikategori tengik. Jika boleh, bandingkan dengan aroma minyak dari pohon yang sama tapi masih segar. Pasti lain baunya kan.

Minyak pembawa yang anda beli haruslah semulajadi dan tidak berwarna. Melainkan minyak pembawa itu mempunyai Vitamin E yang semulajadi. Vitamin E selalu disenaraikan sebagai tocopherols yang bertindak sebagai bahan pengawet semulajadi.

Mentega sayuran dan bahan-bahan lain sebagai minyak pembawa

Mentega sayuran bukanlah minyak pembawa tetapi bahan utama mentega sayuran ialah cocoa butter dan shea butter yang membuatkan ia sesuai digunakan dalam aromaterapi.

Mentega sayuran sama dengan minyak sayuran tetapi akan mengeras dalam suhu bilik. Mentega sayuran di hasilkan dari pelbagai cara jadi sangat penting untuk semak cara penghasilkan apabila membeli butters / mentega. Sebaik-baiknya gunakanlah mentega yang dihasilkan dari teknik cold pressed.

Pastikan Essential Oils yang anda gunakan terutama pada bayi sudah diadun bersama minyak pembawa. Untuk dapatkan campuran Essential Oils dan minyak pembawa yang terbukti berkesan dan disahkan selamat oleh SIRIM, pilihlah campuran minyak pati dari NARINAR.

Back to blog