Apa Itu Imunisasi Badan?

Apa Itu Imunisasi Badan?


Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah penyakit yang berjangkit. Ia merupakan satu prose pembentukan imuniti. Harus dilakukan melalui vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Ia sangat penting dan dikategorikan sebagai wajib untuk kanak kanak bagi mengelakkan penyakit yang merbahaya dari berjangkit yang boleh menyebabkan kecacatan dan kematian manakala vaksin pula ialah kuman yang telah dilemahkan yang mampu merangsang sistem pertahanan badan bagi melawan kuman yang membawa penyakit.


Apabila vaksin diberikan kepada kanak-kanak, ianya akan membentuk antibodi atau pertahanan bagi melawan bakteria merbahaya yang menyerang sistem badan. “Dengan wujudnya antibodi tersebut, ia dapat melindungi kanak-kanak tersebut daripada dijangkiti penyakit berjangkit dan komplikasi penyakit tertentu, di samping mengelak serta mengurangkan komplikasi atau gejala penyakit.

Pengetahuan mengenai imunisasi adalah penting dalam kalangan ibu bapa, dan ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapatkan imunisasi supaya mereka dapat membesar dalam keadaan yang sihat dan selamat kerana imunisasi adalah hak anak yang perlu dipenuhi demi kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Back to blog