January 28, 2021 3 min read
Bila sebut mengenai Vanilla, ramai yang akan terbayang aiskrim Vanilla, dengan cuaca yang panas memang sangat sesuai nikmati aiskrim Vanilla. Rasanya yang nyaman dan menyegarkan bukan sahaja dapat menghilangkan rasa dahaga, malahan ramai doktor mengesyorkan aiskrim Vanillasebagai alternatif untuk meredakan sakit tekak.
Sejarah Vanilla
Apa itu Vanilla? Vanilla atau nama saintifiknya Vanilla Planifollia merupakan sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak ditanam di kawasan tropika. Di asia tenggara sendiri, tanaman vanila mula bertapak di Indonesia pada 1819 dan kemudiannya meluas ke beberapa kawasan di Indonesia pada 1850. Vanilla mula ditanam di Pulau Jawa kemudian ke Bali, Acheh dan Sumatera Barat. Vanilla dari Pulau Jawa terkenal kerana kualitinya yang mengandungi kandungan vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai Java Vanilla Bean.
Vanilla Essential Oil: Single Oil yang pertama keluaran Narinar
Ramai yang bertanya dan tertunggu-tunggu single essential oil keluaran Narinar. Kami penuhi permintaan semua Narinar loversdengan memperkenalkan Vanilla Essential Oil yang tulen, penuh aroma dan berbau sedikit manis, diekstrak daripada kacang vanilla (vanilla beans). Vanillakami diimport dari Papua New Guinea dan diekstrak menggunakan teknik solvent extraction bagi memastikan ketulenan dan keaslian minyak.
Vanilla Essential Oil kami adalah 100% pure natural tanpa sebarang penambahan bahan sintetik dan pengawet. Seperti koleksi Essential Oil keluaran Narinar yang lain, Vanilla Essential Oil juga mempunyai pelbagai keistimewaan dan manfaat. Antaranya,
Vanilla Essential Oilmampu menenangkan dan merehatkan minda sekaligus membantu mengurangkan simptom-simptom kebimbangan, tekanan dan ketegangan. Wangian aromatiknya membantu menstabilkan emosi sekaligus dapat mendorong perasaan positif dan meningkatkan motivasi diri.
Kandungan sedatif dalam Vanilla Essential Oil membantu menyeimbangkan tahap hormon dalam badan. Tahap hormon yang seimbang akan menjamin kesihatan fizikal dan mental seterusnya dapat meningkatkan daya tahan badan anda.
Vanilla Essential Oil yang penuh aroma dan berbau sedikit manis mampu memberikan ketenangan dan kestabilan emosi. Emosi yang stabil dan positif menjadikan seseorang sentiasa optimis dan bersemangat, seterusnya membuat anda sentiasa ceria.
Sebagai sedatif semulajadi, Vanilla Essential Oil juga boleh membantu merehatkan badan dan minda. Vanilla Essential Oil juga merupakan ejen penenang, ianya membantu anda untuk tidur dengan lebih baik dengan merehatkan otot dan memberi perasaan yang tenang kepada pengguna.
Pewangi aromatik Vanilladapat menghilangkan bau yang kurang enak di kediaman anda seterusnya menjadikan udara di rumah anda lebih segar. Aromanya yang sedikit manis dan lembut membuatkannya serta mudah diterima oleh semua tahap golongan tidak kira kanak- kanak mahu pun orang dewasa.
Mengikut kajian, komponen kimia dalam Vanillaiaitu aphrodisiac juga dapat merangsang hubungan suami isteri dengan membangkitkan rasa seksual. Ini menjadikan hubungan suami isteri semakin intim.
Seterusnya, menurut sumber maklumat daripada USDA National Nutrient, setiap kandungan ekstrak Vanillamempunyai nutrisi niacin, thiamin dan pantothenic acid yang bagus untuk mengecutkan jerawat dan mengurangkan bintik hitam pada kulit.
Pasti ramai yang tertanya- tanya, bagaimana cara menggunakan Vanilla Essential Oil ? Senang sahaja cara menggunakannya, anda boleh praktikkan dengan pelbagai cara, di antaranya ialah:
Secara ringkasnya, hanya sebotol comel Vanilla Essential Oilterdapat banyak manfaat yang dapat anda perolehi di samping dapat variasikan cara penggunaanya.
Rujukan:
Nutrients Fact of Vanilla Extract
https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/173471/nutrients
Natural Aphrodisiacs: Myth or Reality
Orchids as Aphrodisiac, Medicine or Food