Siapa suka bau busuk? Tak ada siapa suka bau busuk kan? Tapi ada bau ‘busuk’ yang orang tak dapat lari tapi masih boleh tahan. Ada juga orang yang anggap bau tu tak busuk pun. Malah dia suka bau tu.
Misalnya bau ubat, bau jus sayuran seperti jus peria. Ada yang tak suka bau minuman herba atau bau jamu. Sama juga bau minyak pati.
Oleh kerana sumbernya sama iaitu dari tumbuhan, jadi ada bau yang anda rasa busuk. Ada orang cakap jika anda bau minyak pati tu busuk ertinya anda perlukannya. Kadangkala ia tidaklah busuk seperti pertama kali anda baunya, anda cuma tidak biasa dengan bau itu.
Itu semua hanya mitos. Jika anda bau minyak pati itu busuk, ertinya anda tidak suka bau itu sahaja. Sebab itulah minyak pati boleh dijual atas talian tidak seperti minyak wangi. Anda tidak perlu tahu baunya sedap atau tidak.
Anda hanya perlu tahu campuran minyak pati dari tumbuhan apa yang digunakan dalam formula itu. Kemudian anda akan ambil tahu apa manfaat yang anda akan proleh dari gabungan tumbuhan tersebut.
Misalnya bayi anda selsema. Anda hanya perlu cari gabungan minyak pati untuk legakan selsema bayi anda. Contohnya minyak pati lemon, minyak pati peppermint, minyak pati lavender untuk kurangkan radang. Jika boleh anda tambahlah dengan minyak pati frankincense. Selain ia cairkan hingus, ia juga akan kuatkan imun badan supaya tak mudah kene serangan selsema lagi.
Bila anda tahu bayi anda boleh sihat dengan gabungan minyak pati tersebut, bau wangi atau tidak dah jadi persoalan yang terakhir. Jangan risau, minyak pati yang wangi seperti campuran minyak pati NARINAR memang unik!
Formula yang di adun oleh aromaterapist NARINAR diadun supaya aroma yang terhasil juga menyenangkan anda dan si comel.
Aroma yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tujuan formula diciptan. Misalnya aroma Sidrie lebih lembut dengan menyenangkan. Ia bantu anda untuk tidur. Bau aroma Ellgrie pula seperti ‘gas’ sesuai untuk perut anda. Minyak pati seperti serai, peppermint dan lemon beri kelegaan pada masalah penghadaman anda.