AROMA LAVENDER UMPAMA DI CAMERON HIGHLANDS

AROMA LAVENDER UMPAMA DI CAMERON HIGHLANDS

Ramai Narinar lovers pastinya amat sukakan tumbuhan semula jadi, menikmati pemandangan tumbuhan yang hijau dan bunga yang berwarna-warni menjadikan hari- hari anda sangat indah. Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Cameron Highlands sudah tentu mengetahui bahawa Cameron Highlands adalah tempat pertama di Malaysia yang menawarkan pengunjung untuk melihat dan menikmati sendiri kecantikan bunga Lavender. Lavender Garden ini tidak besar mana namun lumayan untuk sesiapa yang sukakan tanaman dan bunga-bunga.

Apabila bercerita mengenai Lavender Garden pasti anda ingin terus menikmati aroma Lavender umpama anda berada di tengah- tengah ladang Lavender. Kini anda dapat menikmati dan menghidu wangian aromatik Lavender di segenap ruang rumah anda dengan hanya memasang diffuser dan menggunakannya bersama Lavender Essential Oil. Lavender Essential Oil merupakan antara Essential Oil yang sangat digemari kerana manfaat dan aromanya yang wangi dan menenangkan.

 

SEJARAH LAVENDER

Lavender secara asalnya banyak ditanam di kawasan yang dikelilingi oleh Laut Mediterranean, Selatan Eropah, menyeberang ke Utara dan Timur Afrika. Lavender ini diusahakan secara meluas di iklim sederhana sebagai tumbuhan hiasan untuk kegunaan taman dan landskap,  herba masakan, dan juga diusahakan secara komersial.

Lavender mempunyai 30 spesis. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan berbunga dalam keluarga  Lamiaceae. Lavender dapat dibahagi kepada 4 jenis kategori di antaranya ialah:

  1. L. angustifolia yang lebih dikenali sebagai English Lavender.
  2. L. stoechas yang lebih dikenali sebagai French Lavender.
  3. L. latifolia
  4. L. Intermediate

Secara ringkasnya setiap Lavender mempunyai kandungan komponen yang sama. Spesies yang ditanam secara meluas ialah Lavandula angustifolia yang dikenali juga sebagai L.vera atau L. officinalis, dan sering disebut sebagai Lavender

Lavender angustifolia atau English Lavender popular kerana bunganya yang cantik, aroma yang harum dan boleh terus hidup walaupun tidak mendapat air yang mencukupi.

KEISTIMEWAAN LAVENDER ESSENTIAL OIL KELUARAN TERBARU NARINAR

Lavender Essential Oil merupakan antara pilihan utama peminat aromatik. Bukan sahaja mempunyai pelbagai keistimewaan yang tersendiri, malahan bau aromatiknya juga mampu merangsang sistem otak untuk menghantar signal kepada sistem tubuh badan yang lain untuk memberi respon yang positif.
Lavender Essential Oil mempunyai komponen aktif iaitu Linalool dan Linaly acetate. Kedua- dua komponen ini pastinya akan memberi kesan positif, antaranya ialah:

 

1. Menenangkan fikiran, emosi dan melegakan tekanan

Komponen utama Linalool & Linaly Acetote dalam Lavender Essential Oil dapat mengawal sistem saraf manusia untuk berada dalam keadaan tenang. Apabila anda menghidu aroma wangian Lavender, otak secara automatiknya akan memberikan signal kepada sistem saraf untuk menstabilkan hormon agar anda berada dalam mood yang lebih tenang dan terkawal.

2. Menggalakkan tidur yang berkualiti

Lavender Essential Oil menawarkan aroma yang menyegarkan dan mudah diterima oleh peminat Essential Oil. Apabila anda menggunakan Lavender Essential Oil pada ultrasonic diffuser sebelum waktu tidur atau cara paling mudah menghidu aroma lavender menggunakan teknik deep inhale, kesan yang dapat dialami ialah emosi yang lebih tenang, melancarkan sistem pernafasan, tubuh badan yang lebih ringan dan perasaan positif ini secara keseluruhannya menjadikan tidur anda lebih berkualiti.

3. Melegakan ketegangan otot

Seterusnya, kebaikan Lavender Essential Oil sangat meluas  kerana komponen aktifnya dapat memberi kesan kepada kelegaan otot yang kadangkala mudah sakit dan lenguh kerana aktiviti seharian yang kita lakukan.

4. Membantu untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik

Lavender Essential Oil secara terapeutiknya berupaya memberi kebaikan kepada masalah kulit seperti luka kecil, ruam kulit, gatal kulit dan kerengsaan kulit. Lavender juga membantu  mengurangkan kesan parut dan kedutan pada kulit wajah. Hal ini kerana, kandungan komponen aktif seperti Linalool dan Linaly Acetate dalam Lavender mampu untuk merawat kesan parut dan menjadikan anda lebih awet muda dengan mengurangkan kedutan pada wajah anda.

5. Pewangi aromatik untuk ruang kediaman dan ruang kerja anda

Bau aromatik Lavender Essential Oil yang fresh, eksklusif dan menggabungkan dua aroma bunga dan herba menjadikan ia antara aroma yang paling diminati. Kebanyakan produk- produk mandian, syampu, sabun pencuci lantai dan produk lain menambah Lavender dalam koleksi produk mereka. Anda boleh menggunakan Lavender Essential Oil pada diffuser di ruang kediaman atau ruang kerja, pastinya pelbagai manfaat dapat anda perolehi dengan menggunakan Lavender Essential Oil.

 

CARA PENGGUNAAN LAVENDER ESSENTIAL OIL

1. Lavender Essential Oil boleh digunakan dalam NARINAR ultrasonic diffuser. Titik 4-5 titis di dalam diffuser berkapasiti 220ml. Untuk kapasiti diffuser berbeza, boleh pelbagaikan kiraan titisan.

2. Lavender Essential Oil dicampurkan dalam Carrier Oil untuk tujuan urutan di bahagian badan dan kebaikan kulit. Untuk kegunaan kanak-kanak, titikkan 5-6 titik Lavender Essential Oil ke dalam 30ml Carrier Oil. Kegunaan dewasa, titikkan 10-12 titik Lavender Essential Oil ke dalam 30ml Carrier Oil. Anda boleh urut lembut di bahagian titik refleks bagi melegakan migrain dan sakit kepala.

3. Teknik Deep-Inhale. Titikkan 1 titis Lavender Essential Oil pada tapak tangan. Gosok kedua tapak tangan, tekup di hidung dan tarik nafas untuk menikmati aroma yang segar & melegakan tekanan dan sakit kepala.

 

4. DIY Lavender Essential Oil untuk Kegunaan Harian Anda

  • Campurkan 2-3 titis dalam 30 gram losyen muka untuk kebaikan kulit.
  • DIY face mist dengan mencampurkan  1-2 titis Lavender Essential Oil dalam 30ml botol semburan air. Semburkan face mist kepada kulit wajah untuk kesihatan kulit. Tempoh penggunaan maksimum untuk 2 minggu. Selepas itu harus dibuang. 
  • DIY pillow mist dengan mencampurkan  2-3 titis Lavender Essential Oil dalam botol semburan air. Semburkan pillow mist pada bantal untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Tempoh penggunaan maksimum untuk 2 minggu. Selepas itu harus dibuang. 
  • Titikkan 5-10 titis di dalam 1 besen atau baldi air mandian untuk mendapat kesegaran dan ketenangan.
  • Campurkan 5-7 titis Lavender Essential Oil dalam 1 baldi air cucian mop lantai untuk proses pembersihan lantai.

Dengan manfaat yang sangat optimum dari 1 botol Lavender Essential Oil tidak merugikan anda sama sekali, malahan anda akan memperoleh pelbagai manfaatnya secara terapeutik mahu pun manfaat luaran.

 

Rujukan:

Lavender and the Nervous System

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3612440/

The Effect of Inhalation Aromatherapy with Lavender on Sleep Quality of the Elderly in Nursing Care Homes: A Randomized Clinical Trial

https://sites.kowsarpub.com/mcj/articles/61602.html

Lavender Essential Oil to Promote Sleep for People with Mood Disorders: A Qualitative Study 

https://sigma.nursingrepository.org/bitstream/handle/10755/21175/Moner_Abstract.pdf?sequence=2&isAllowed=y

Effects on Lavender Essential Oil on Perceived Stress: A Quality Improvement Project 

https://scholarspace.manoa.hawaii.edu/handle/10125/69038




Back to blog