Aromaterapi dan Minyak Pati

Aromaterapi dan Minyak Pati

Photo by Mareefe from Pexels

Aromaterapi ialah satu langkah alternatif yang mensasarkan kesihatan dan kesejahteraan dalam aspek fizikal, emosi dan mental. Ia dilakukan melalui proses penyedutan aroma dari minyak pati dan urutan atau sapuan langsung ke kulit.

Minyak pati berasal dari tumbuhan dan dipilih kerana adanya kualiti penyembuhan. Walau bagaimanapun, aromaterapi dan minyak pati bukanlah bertujuan untuk menggantikan mana-mana perubatan dan rawatan. Ia lebih kepada matlamat untuk menambahbaik kualiti kesihatan dan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi.

Minyak pati yang diekstrak daripada tumbuhan mempunyai ciri-ciri yang bermanfaat kepada masalah fizikal dan psikologi. Minyak pati mampu diserap oleh badan bergantung kepada ciri-ciri setiap minyak pati yang berlainan jenis. Ada yang diekstrak dari daun, bunga, akar, batang dan bahagian lain dari sesuatu tumbuhan. Setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai bahan-bahan atau komponen berlainan. Dan ini dapat dilihat daripada harga minyak pati itu sendiri.

Contohnya, 50 kilogram bunga Lavender menghasilkan 1.5 liter minyak pati Lavender.Manakala 50 kilogram daun Eucalyptus menghasilkan 5 liter minyak pati. Dan 50 kilogram kelopak bunga ros menghasilkan hanya 0.25 liter minyak pati.

Bahan-bahan atau komponen di dalam minyak pati ni juga berubah mengikut masa dan musim sepanjang tahun. Kerana itulah, amat penting untuk menghasilkan minyak pati berkualiti pada masa yang tepat kerana semakin tinggi kualiti nya, semakain berkesan penggunaan mintak pati untuk kesihatan dan kesejahteraan.

Oleh kerana minyak pati mengandungan kepekatan yang sangat tinggi, ia digunakan bersama minyak asas atau minyak pembawa (base oil / carrier oil) contohnya seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara dan lain-lain. Ini untuk memastikan konsentrasi yang digunakan ialah bersesuaian dan tidak digunakan secara berlebihan. Minyak asas yang digunakan mestilah dari unsur tumbuhan untuk memastikan manfaat minyak pati yang digunakan bersama kekal efektif.


Back to blog