Aromatherapy ialah terapi berasaskan aroma. Hidung mengandungi membrane mukus yang kaya dengan receptor bau yang akan menerima maklumat tentang bau. Maklumat ini mengalir ke otak melalui saraf olfactory.
Aromatherapy diperbuat dari pati minyak bunga dan tumbuhan. Setiap jenis bunga dan tumbuhan mempunyai fungsi tersendiri. Ada tumbuhan yang melegakan sembelit, melegakan selsema dan juga boleh buat bayi tidur lena.
Bagaimana minyak pati bertindak?
Setiap tumbuhan dicipta dengan bahan untuk melindungi diri dari serangga perosak. Mereka juga bertindak melindungi diri dari bakteria dan virus
Dengan fungsi penyembuhan itu, kandungan aktif ini diekstrak dari tumbuhan perubatan melalui proses penyulingan. Maka terhasillah formula minyak yang sangat pekat dan boleh dicampur dengan bahan-bahan lain seperti sabun, lilin, syampu, ubat gigi.
Oleh kerana konsentrasi pati minyak ini terlalu tinggi, maka pati minyak haruslah dicampur dengan minyak sayuran seperti minyak almond, minyak jojoba, minyak zaitun atau kelapa. Barulah minyak pati ini selamat digunakan pada bayi.
Ada dua cara bayi beroleh manfaat dari aromatherapy
Sapu
Aromatherapy diperbuat dari minyak pati. Molikul minyak pati ini lebih kecil dari minyak biasa. Dengan kulit lembut dan gebu bayi itu sangatlah pati minyak mudah menyerap.
Sapukan sahaja pati minyak yang sudah dicampur dengan minyak sayuran ke bahagian yang sakit. Misalnya selsema. Terapikan tapak kaki bayi dengan pati minyak khusus untuk melegakan selsema seperti campuran pati minyak gam arab dan pappermint.
Oleh kerana pati minyak tidak kekal lama dalam badan, cara terbaik menggunakan pati minyak ialah ulang sapuan setiap 20 hingga 30 minit dalam masa 2 jam untuk beri kesan kelegaan yang pantas.
Hidu
Biasanya orang dewasa lebih suka kaedah ini. Untuk bayi mendapat manfaat dari kaedah hidu, boleh calitkan minyak aromatherapy di baju bayi untuk beri bayi hidu bau minyak aromatherapy.
Tidak perlu banyak. Hanya perlu sapu setitik minyak aromatherapy kerana minyaknya sungguh pekat. Walaupun sedikit tetapi manfaatnya sungguh besar. Jika mommies punya difusser boleh juga guna.
Cuma pastikan guna minyak aromatherapy yang selamat untuk bayi seperti lavender dan chamomile. Mommies juga perlu ingat jangan pasang difusser terlalu lama sepanjang hari.
Minyak aromatherapy punya mampu memberi kesan anti-bakteria dan anti-viral yang sungguh hebat. Betul, semua mommies mahu persekitaran yang selamat untuk bayi masing-masing tapi kita langsung tidak membantu anak-anak kita bila kita pasang difusser terlalu lama.
Pendedahan kepada sesetengah kuman dan jatuh sakit sekali sekali penting untuk membina imun sistem badan anak supaya membesar dengan kuat dan sihat.
Bagaimana bayi mendapat manfaat dari aromatherapy?
Bayi dilahirkan dengan lebihan lendir dalam badan yang perlu dikeluarkan. Biasanya jururawat akan menyedut lebihan lendir yang kelihatan. Sepatutnya baki lendir yang ada akan keluar secara semulajadi melalui muntah dan najis. Tapi ada sesetengah bayi yang tidak dapat keluarkan lendir itu secara semula jadi.
Bila terlalu lama lendir berkumpul dalam paru-paru, bayi mula menunjukkan simptom selsema, kemudian batuk dan lagi parah demam. Simptom ini biasa untuk kita orang dewasa tapi pada bayi kecil dan comel, itu bukan perkara mudah mereka menghadapinya. Mereka hanya mampu menangis dan kita sebagai mommies dan daddies yang perlu mahir baca kehendak mereka.
Banyak kaedah yang boleh kita bantu mereka keluarkan lendir itu tapi cara yang mudah, selamat dan wangi ialah menggunakan pati minyak aromatherapy. Pati minyak aromatherapy akan
1. Membantu masalah pernafasan
Sesetengah minyak pati aromatherapy punya ciri-ciri antiseptik. Ciri-ciri ini akan membasmi bakteria, fungus dan kulat dari udara yang jadi punca masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, batuk dan bersin.
Sapu minyak aromaterapi NARINAR Flutherapy (FT) untuk mencairkan hingus dan melonggarkan kahak. Kebaikan gam arab dalam NARINAR FT akan membantu bayi mommies mudah bernafas dan melegakan sistem pernafasan. Imun badan bayi mommies juga akan kuat yang dapat elak mereka dari berjangkit dengan kanak-kanak atau orang dewasa yang peluk cium mereka.
2. Membantu kolik
Bila bayi mommies menangis tanpa henti walaupun dah bermacam cara mommies buat itu tandanya kolik. Kolik tiada ubat tapi ia biasa berlaku pada semua bayi. Punca kolik masih belum ditemui tetapi mengikut pengamal perubatan, kebanyakan kolik berpunca dari ketidak selesaan perut.
Banyak angin mungkin, salah susu mungkin, sembelit mungkin, cirit-birit mungkin. Terlalu banyak kemungkinan boleh dikaitkan dengan perut. Mommies boleh ambil langkah awal dengan sapukan setitik NARINAR Tummy Therapy (TT) mengikut arah jam ke perut si comel. Serai wangi dalam NARINAR Tummy Therapy (TT) akan bantu melancarkan sistem pencernaan.
3. Sukar tidur
Perubahan persekitaran dari dalam rahim ke dunia yang lebih terang memang boleh buat bayi mommies sukar tidur. Bantu bayi dengan sapukan aromatherapy seperti lavender, roman chamomile dan sandalwood. Mommies boleh dapatkan semuanya dari Narinar SleepTherapy (ST)
Pati minyak ini akan buat bayi mommies rasa tenang dan lena dengan mudah.
4. Demam
Bayi demam memang bahaya. Mommies boleh tidak tidur malam. Apa kata titiskan pati minyak pappermint dan lemon untuk turunkan suhu badan bayi dengan cepat. Mommies pun dapat tidur malam itu.
Aromatherapy bukan perubatan moden tapi sebenarnya kaedah yang berusia ribuan tahun yang telah lama digunakan di serata dunia. Selamat mencuba.