July 22, 2019 2 min read
Perokok kedua atau perokok pasif menyebabkan lebih 3,000 kematian disebabkan kanser paru-paru dan ratusan kematian disebabkan penyakit jantung. Bernafas dalam udara yang penuh dengan asap rokok boleh membunuh anda dan bayi walaupun anda tidak merokok.
Asap rokok beri kesan lebih teruk pada bayi dan kanak-kanak berbanding anda kerana paru-paru bayi masih dalam proses perkembangan. Jadi bahan kimia dalam asap rokok tidak dapat ditapis dalam paru-paru mereka.
Masalah kesihatan bayi dan kanak-kanak yang disebabkan oleh perokok pasif
Bayi dan kanak-kanak yang terdedah pada asap rokok akan meningkatkan kematian pra-matang dan pelbagai penyakit lain.
Asap rokok akan merosakkan pernafasan dan denyut jantung bayi yang boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Ada juga kes bayi meninggal dunia ketika tidur. Keberangkalian ini lebih tinggi berlaku terhadap ibubapa yang merokok semasa mengandungkan bayi dan selepas kelahiran bayi.
Asap rokok akan membuatkan saluran udara bayi bengkak dan menyakitkan. Mereka juga akan mula menghidap pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan paru-paru seperti berikut
Pendedahan kepada asap rokok juga akan menggangu perkembangan otak bayi dan kanak-kanak kerana otak sangat sensatif walaupun pada toksin yang sedikit.