Ujian 'patch test' yang mudah dapat menyelamatkan anda dari kesulitan dan kebimbangan. Anda mungkin pernah mendengar istilah ini sebelum ini, tetapi belum mencubanya atau anda tidak pasti apakah maksudnya.
Ujian 'patch test' bukan sahaja salah satu cara terbaik untuk menggunakan minyak pati dengan selamat, tetapi juga produk penjagaan kulit secara umum. Berikut adalah cara dan mengapa anda perlu mengambil langkah penting dalam rutin minyak pati anda.
Bagaimana melakukan 'Patch Test' ?
Untuk melakukan ujian 'Patch Test', cukup dengan mengambil sedikit minyak pati yang dilarutkan dan sapukan ke bahagian dalam siku anda. Kemudian, tunggu reaksi seperti kerengsaan, gatal-gatal, kemerahan, keradangan, dan lain-lain.
Jika tindak balas berlaku , basuh minyak, dan gunakan 'carrier oil' di kawasan itu.
Waktu yang sesuai untuk menunggu ialah 48 jam. Sekiranya tiada tindak balas berlaku dalam masa ini, diandaikan bahawa anda mungkin tidak mempunyai alergi terhadap minyak itu, dan ia selamat digunakan.
Mengapa Perlu Lakukan Ujian 'Patch Test'?
Jika menyapu setitik minyak ke bahagian dalam siku anda menghasilkan kemerahan, kegatalan, keradangan, dan lain-lain, anda boleh membayangkan hasil yang tidak menyenangkan jika ujian 'Patch Test ' tidak dilakukan. Ia akan membawa rengsaan dan alahan ke bahagian tubuh yang lebih besar.
Ada juga yang bertanya, adakah perlu untuk saya tunggu hingga 48 jam? Jika anda telah menggunakan minyak pati tanpa ujian 'Patch Test' sebelum ini, anda mungkin sudah tahu sama ada anda sensitif dengan minyak itu atau tidak. 48 jam adalah masa yang optimum untuk menunggu, tetapi menunggu dalam jangkamasa lebih pendek juga mungkin mencukupi.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda sentiasa melakukan ujian 'Patch Test' sebelum menggunakan minyak pati secara topikal?