Bahaya Kanak-Kanak Sembelit

Bahaya Kanak-Kanak Sembelit

Sistem penghadaman manusia bertindap sebagai pencernaan makanan dan penyerapan nutrisi. Bila organ ini berfungsi dengan baik, kita mampu menggunakan semua nutrisi dengan lebih cekap yang dapat tingkatkan fungsi otak dan tahap tenaga.

Masalah sembelit akan berlaku apabila pergerakan usus yang panjangnya kira-kira sembilan meter tidak lancar. Sembelit yang dibiarkan berlarutan akan semakin sukar dirawat dan boleh menyebabkan fobia. Anak akan alami masalah perut tidak selesa dan sakit, hilang selera makan, kentut dan najis berbau sangat busuk dan anak akan cepat marah dengan perasaan yg sentiasa berubah.

Sembelit biasa berlaku pada anak yang mula makan makanan pejal. Jika anak anda nampak seperti mengalami sembelit, tukarkan diet mereka

 

  • Air atau jus buah.

Kerapkan bayi minum air masak atau jus buah seperti jus epal, pear atau prune yang mengandungi sorbitol. Manisan ini bertindak sebagai pelincir di dalam sistem pencernaan anak.

 

  • Makanan bayi

Jika anak anda makan makanan pejal, cuba kisar kacang pea atau prunes yang mengandungi lebih banyak fiber berbanding buah dan sayuran lain.

 

Sembelit bukan sahaja ditunjukkan dengan berapa kerap anak anda membuang air besar. Ia juga ditunjukkan dengan berapa sukar mereka meneran. Jika anak anda mempunya najis yang lembut setiap 4-5 hari, dia mungkin ok. Jika ada tanda-tanda di bawah, segera berjumpa doktor:

  • Nampak tidak selesa dan sukar membuang air besar
  • Punya najis yang keras
  • Najib berwarna hitam atau berdarah
  • Tidak buang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap 5-10 hari.

 

Cegah sebelum parah

 

  • Urutan vitaflex.

Buat urutan vitafelx pada point-point sistem pencernaan di tapak kaki bayi

 

  • Urutan perut

Buat urutan secaran membulat arah jam pada perut bayi setiap kali selepas mandi.

 

  • Golekkan NARINAR Cassy Wind arah membulat di perut anak.

NARINAR Cassy Wind yang mengandugi serai wangi, aloe vera, peppermint dan lemon sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan bayi.

 

Mahu lebih info tentang elak sembelit kanak-kanak?

Hubungi konsultan NARINAR anda sekarang.

Back to blog