Dunia hari ini dan masa depan memerlukan individu yang bijak. Lagi hebat bila individu sudah nampak bijak sejak bayi. Ibubapa modern mungkin tertawan dengan penemuan bayi jadi bijak bila dengar muzik klasik atau bermain permainan yang menguji minda.
Tanpa semua itu juga anda mampu menjadikan bayi anda bijak. Kajian menunjukkan sentuhan ibubapa mampu meningkatkan kuasa minda. Bayi yang diurut sejak lahir meningkatkan perkembangan neurologi yang meningkatkan kebolehan kognitif, motor dan intelektual.
Penemuan dari Touch Research Institute di Miami, Florida menunjukkan banyak manfaat dari urutan bayi. Salah satunya ialah hormon serotonin, dopamine and neuro akan memupuk kepekaan dan memberi tenaga.
Serotonin khususnya yang ditemui dalam kelenjar pineal akan meningkatkan ingatan, keupayaan belajar dan kelakuan. Dalam masa yang sama dopamin neurotransmitter bantu memperbaiki ingatan, kelakuan dan kognitif. Ia juga bantu meningkatkan fokus, perhatian dan pembelajaran.
Sebuah lagi kajian dari menunjukkan bayi pra matang yang diurut akan memperbaiki perkembangan diri dan fungsi sistem dalam badan. Urutan bayi akan meningkatkan berat badan bayi dan mengurangkan masa bayi tinggal di unit penjagaan rapi neonatal.
Bagaimana untuk mengurut bayi?
Jika ini kali pertama anda mengurut bayi, lakukan urutan bayi di kaki beberapa kali untuk membiasakan bayi dengan urutan. Kaki ialah bahagian yang tepat untuk mulakan urutan kerana bayi sudah terbiasa kakinya disentuh semasa menukar lampin.
Jika bayi nampak selesa, urut pula lengan dan tangan kemudian badan. Pastikan anda urut dengan aturan yang sama setiap kali urutan untuk membiasakan bayi dengan rutin ini.
Misalnya anda mulakan dengan kaki kanan kemudian kaki kiri. Seterusnya tangan kanan kemudian tangan kiri. Bayi akan rasa lebih selesa dalam sesi urutan kerana dia tahu apa yang akan kita lakukan seterusnya.
Kemahiran membaca bayi sangat penting semasa mengurut. Bayi anda akan beri signal bila anda perlu berhenti mengurut. Bayi juga akan maklumkan gerakan urutan mana yang dia suka dan mana yang dia tidak suka. Jika bayi anda mula menangis semasa sesi urutan, ini tanda bahawa dia sudah tidak mahu urutan lagi.
Jadi anda patut berhenti mengurut walaupun baru sahaja bermula. Cuba lagi di lain masa. Jangan putus asa.