July 27, 2019 2 min read
Kesihatan gigi perlu dijaga sejak bayi. Walaupun gigi susu tetapi ia akan melatih anak menjaga kebersihan gigi sehingga tua.
Gigi susu yang rapuh dan dicabut sebelum masanya boleh menggangu nutrisi baik dan perkembangan pertuturan. Ia juga akan menggangu pertumbuhan gigi kekal.
Anda boleh membersihkan gigi bayi dengan lapkan gigi dengan kain lembut atau berus dengan berus gigi yang lembut dan kecik. Berus atau lap sekali bahagian depan lidah selepas makan dan sebelum tidur.
Selepas 18 bulan, anda boleh gunakan ubut gigi bayi sebesar kacang. Sebelum itu, gosok gigi bayi dengan air sahaja.
Doktor gigi kanak-kanak sarankan anda bersihkan gusi bayi selepas menyusu. Cara ini akan melawan pertumbuhan bakteria dan beri kesihatan oral yang baik sebelum pertumbuhan gigi. Gosokkan gusi bayi dengan kain yang lembab yang lembut secara perlahan-lahan.
Bayi boleh gunakan ubat gigi berflorida?
Akademi Pergigian Kanak-Kanak Amerika (AAPD) menyarankan anda menggunakan ubat gigi berfolorida untuk menentang kaviti. Gunakan dalam kuantiti yang kecil seperti sebutir beras. Jangan risau jika bayi anda tertelan sedikit ubat gigi kerana tiada tidak memudaratkan gigi.
Mulai tahun kedua, anda boleh ajar bayi meludah selepas berus gigi.
Bayi yang nak masuk satu tahun mungkin mahu cuba berus giginya sendiri. Galakkan dia mencuba dan bersihkan sekali lagi selepas itu dengan kain lembab sebelum tidur.
Galakkan minatnya dalam penjagaan gigi. Biarkan bayi melihat mama dan papa berus gigi supaya dia belajar dan jadikan penjagaan gigi sebagai habit dalam hidupnya.