Ramai yang masih keliru antara istilah “essential oil” dan fragrance oil” kerana sering salah guna oleh sesetengah pihak. Walau bagaimapun, essential oil dan fragrance oil sangat berbeza melalui beberapa aspek.
Meskipun kedua-dua jenis minyak ini kadang kala boleh digunakan untuk tujuan yang sama, tapi ia berbeza dar segi kandunga, harga dan tujuan ia diwujudkan.
Essential Oils (Minyak pati)
Minyak pati diekstrak melalui pelbagai cara dari tumbuhan. Bukan semua tumbuhan mengandungi minyak pati. Minyak pati diekstrak dari tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri aromatic yang digunakan sebagai remidi untuk masalah kesihatan.
Minyak pati digunakan dalam amalan aromaterapi utuk melegakan sakit otot, masalah emosi, masalah kulit dan pelbagai masalah lain.
Fragrance Oils (Minyak Aroma)
Minyak aroma ialah produk sintatik. Ia tiada kemampuan untuk menyembuhkan seperti minyak pati. Minyak aroma diwujudkan hanya untuk bau atau aromanya sahaja. Banyak pewangi modan, kosmetik, termasuk syampu dan sabun mengandungi minyak aroma.
Pelbagai jenis minyak aroma mampu dilahirkan seperti aroma coklat, aroma pizza, aroma durian, tidak seperti minyak pati yang hanya diekstrak dari tumbuhan sahaja.
Harga Essential Oils
Harga essential oils (minyak pati) berbeza. Ia bergantung pada jenis, musim dan stok yang ada. Sesetengah minyak pati seperti ros dan sandalwood biasanya mahal kerana proses ekstreksi yang kompleks dan memakan masa.
Jika anda dapati minyak pati ros dijual dengan harga yang murah, biasanya ia sudah dicampur dengan bahan lain. Cara ini biasa digunakan oleh pengusaha yang mahu mendapat margin keuntungan yang tinggi. Minyak pati citrus biasanya lebih murah kerana ia mudah untuk diekstrak.
Harga Fragrance Oils
Harga fragrance oils (minyak aroma) lebih murah dari minyak pati kerana ia dibuat di kilang dari bahan sintatik.
Kegunaan Minyak Pati dan Minyak Aroma
Minyak pati biasa digunakan dalam amalan aromaterapi kerana ciri-ciri teraputiknya. Ada juga minyak pati digunakan dalam pewangi, produk seperti sabun dan perasa makanan.
Minyak aroma biasa digunakan dalam, sabun, pewangi dan losyen badan juga makanan yang menyediakan pelbagai pilihan aroma. Biasanya produk tersebut lebih murah dan bau lebih lama berbanding produk yang menggunakan minyak pati.