Gambar dari DailyMail
Dalam banyak-banyak perbezaan antara essential oils (minyak pati) dan ekstrak ada satu persamaan iaitu keduanya berasal dari tumbuh-tumbuhan. Selain itu, terlalu banyak perbezaan antara keduanya.
Jom kita lihat apa beza minyak pati atau essential oils dan ekstrak tumbuhan.
Kegunaan
Kegunaan ekstrak biasanya digunakan dalam masakan, pewangi atau sesetengahnya dalam perubatan. Contohnya ektrak vanilla digunakan dalam masakan atau ektrak citronella digunakan dalam losyen sebagai penghalau serangga.
Manakala minyak pati biasanya digunakan bagi tujuan terapeutik. Ia boleh digunakan dalam Nanion, minyak urutan, ataupun dalam air mandian.
Kesan
Minyak pati asli mudah terserap dalam badan. Molikul halus minyak pati akan masuk ke dalam saluran darah dan sampai ke semua sel dalam badan hanya dalam masa 20 minit.
Rawatan sakit kepala, sukar tidur dan depresi akan segera lihat perubahannya. Manaka ektrak tidak memberi kesan sepantas minyak pati walupun ia ada kebaikan untuk kesihatan juga.
Harga
Harga, minyak pati lebih mahal kerana ia memerlukan lebih banyak tumbuhan untuk mendapatkannya.
Manakala untuk dapatkan ektrak boleh dapatkan dalam kuantiti yang banyak apabila direndamkan dalam cecair seperti alkohol.
Sifat fizikal
Ekstrak bersifat cecair. Ia tidak berminyak dan tidak mudah tersejat. Manakala minyak pati bersifat volatile. Ia boleh tersejat ke udara jika tidak disimpan dengan cara yang betul.
Cara penyimpanan
Cara penyimpanan berbeza untuk mengekalkan kualitinya. Ekstrak boleh saja di simpan dalam botol plastik dan dibiarkan terdedah. Tapi minyak pati harus di simpan dalam botol kaca kerana sifatnya menghakis.
Ia juga harus di simpan dalam botol gelap dan diletakkan dalam keadaan gelap dan sejuk untuk elak dari teroksida.
Jumlah kegunaan
Ekstrak perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak untuk merasai kehadirannya dalam masakan misalnya. Tapi bagi minyak pati, hanya 5-10 titik diperlukan dalam air mandian untuk dapat bau yang sama. Hal ini kerasa kandungan minyak pati yang lebih pekat atau poten.
Nak tahu lagi banyak tentang minyak pati? Hubungi konsultan NARINAR anda sekarang.