BIDARA PERUBATAN ISLAM TERBAIK

Tahukah anda pokok bidara yang juga dikenali sebagai Sidr memberi banyak manfaat dalam islam?

Bidara merupakan sejenis pokok malar hijau yang tumbuh di negara yang mengalami iklim tropika di asia seperti India, Malaysia dan Australia. Buahnya licin dan mengeluarkan bau yang segar dan harum. Pokok bidara mempunyai banyak khasiat dan manfaat

 

 

 

1. Mengubati Ganguan Jin dan Sihir.

Dalam perubatan islam, Penggunaan bidara memang luas. Khususnya bagi ilmu ruqyah untuk mengubati penyakit misteri yang ditimbulkan daripada ganguan jin atau dikirimkan oleh para tukang sihir dan dukun.

 

 

 

2. Membuang Sifat Negatif Badan

Selain itu khasiat daun bidara terbukti  mengeluarkan aspek negatif pada badan manusia seperti panas baran, perasaan gemuruh, stress dan kemurungan.

 

 

3. Sunah Para Rasul & Nabi

Bidara sudah digunakan sejak zaman para rasul lagi untuk menghalang gangguan makhluk halus.

 

4. Menyihatkan Tubuh Badan

Khasiat bidara juga boleh melegakan sakit seperti busung, demam, cirit-birit, luka dan merawat kitaran haid tidak menentu bagi wanita.

 

5. Menguruskan jenazah

Kegunaan bidara dalam islam juga adalah Ketika memandikan jenazah. Hal ini disunahkan untuk kita bagi mewangikan jenazah sambil disaluti kapur barus.

Hadis dari ibnu Abbas RA tentang orang yang terjatuh dari unta lalu meninggal dunia. Rasullullah S.A.W bersabda
" Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara serta kafanilah dengan dua helai baju" - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

 

 

Sebagai muslim wajib kita mengetahui kegunaan dan khasiat yang terdapat pada bidara yang nyata membawa kesan yang baik dalam kehidupan seharian kita.