Bila Biasanya Bayi Boleh Bercakap?

Bila Biasanya Bayi Boleh Bercakap?

Bayi anda belajar bercakap dalam masa 2 tahun usianya. Sebelum mereka mampu menuturkan sebutir perkataan, mereka belajar bagaimana orang dewasa bercakap.

Mereka akan gunakan lidah, bibir, lelangit dan gigi untuk buat bunyi. Menangis, oooh, ishhh, shhhhh, ahhh adalah bunyi sebelum usia enam bulan. Tak lama kemudian, bunyi tersebut akan bertukar menjadi sebuah perkataan seperti ayah, mummy secepat usia 6 bulan.

Sejak dari itu, bayi anda akan mula pelajari perkataan dari anda dan persekitarannya. Sekitar 18 bulan hingga 2 tahun, mereka mula membentuk dua hingga empat perkataan menjadi ayat. Bila anak sudah mula punya pendapat sendiri, mereka akan menggunakan perkataan untuk menerangkan apa yang mereka lihat, rasa, fikir dan mahu.

 

Bagaimana bantu bayi bercakap?

Sediakan persekitaran yang menggalakkan komunikasi untuk bantu bayi mula bercakap

  • Bercakap

 Anda tidak perlu bercakap terus menerus tanpa henti. Tapi kerapkan bercakap bila anda dan bayi bersama. Terangkan apa yang sedang anda lakukan, tunjuk arah objek, tanya soalan ataupun menyanyi.

Cakap dengan bahasa dan perkataan yang betul supaya bayi akan belajar perkataan yang betul dan elakkan pelat.

  • Membaca

Ambil masa untuk bacakan bahan bacaan untuk menambah kosa kata. Cara ini juga mengajar anak bagaimana menyusun perkataan menjadi ayat dan secara tak langsung cara menyampaikan cerita.

Bacakan buku dengan suara dan mimik muka yang buat bayi tertarik. Bila anak dah masuk tadika, mereka akan lebih berminat dengan jalan cerita yang punya emosi seperti sedih, suspen, gembira dan nasihat.

  • Mendengar

Bila bayi anda bercakap, jadilah pendengar yang baik – lihat muka si comel dan beri renspond yang baik. Anak anda akan lebih berani untuk bercakap bila dia tahu anda berminat dengan apa yang dia perkatakan.

 

Bila bayi sudah boleh bercakap…

Bila bayi anda sudah boleh bercakap. Dia akan bercakap tanpa henti melainkan waktu tidur. Di waktu ini anda boleh mula ajarkan adab bercakap. 

Tidak bercakap semasa azan, bercakap guna perkataan yang baik, bercakap dengan nada yang betul. Anda juga boleh menggalakkan pemikiran kretis dan kreatifnya.

Libatkan mereka dalam membuat keputusan sama ada pilih langsir biru atau merah? Pilih sarung tilan hijau atau merah jambu. Cara ini akan buat tingkatkan keyakinan diri mereka apabila pendapat mereka didengari.

 

Back to blog