Bila Tarikh Luput Essential Oils?

Bila Tarikh Luput Essential Oils?

 

Tertanya-tanya juga ye. Botol kecil 10ml ni dah lama guna tapi tak habis-habis. Nak masuk 6 bulan dah. Boleh guna lagi ke?

Pelik sangat kan bila minyak pati dalam botol kecil pun susah nak habis. Bukan susah tapi bila digunakan dengan cara yang betul minyak pati memang tak perlu guna banyak pun.

Lagipun cara minyak pati melegakan sakit dari punca sakit, bukan menutupi sakit dan beri keselsaan pada pesakit. Contohnye ye bayi anda selsema. Anda berikan titisan saline.

Apa yang titisan saline lakukan hanya alirkan air garam atau saline dalam saluran hidung untukmembersihkan rongga hidung. Jadi yang bersih rongga hidung lah.

Punca selsema dari mana?

Jika selsema berterusan lebih dari 2 hari, warna hingus akan bertukar menjadi lebih keruh. Mukus ini bukan lagi dari hidung tetapi dari paru-paru.

Adakah titisan saline dapat bersihkan sejauh paru-paru? Sudah tentu jawapannya tidak. Tapi itu tidak mustahil dengan minyak pati!

Minyak pati frankincense terutamanya akan longgarkan kahak di paru-paru dan cairkan hingus supaya paru-paru dapat menapis oksigen dan alirkan oksigen yang bersih ke seluruh badan. Bila anda dah sihat dengan minyak pati jarang anda akan diserang virus lagi kerana paru-paru anda sudah bebas virus.

Inilah salah satu punca mengapa minyak pati lambat sangat nak habis walaupun botol kecil. Kebanyakan minyak pati masih boleh digunakan sehingga 3 tahun jika disimpan dengan betul.

Minyak pati harus di simpan di tempat yang sejuk dan sentiasa ditutup rapat. Ada juga minyak pati yang boleh di simpan sehingga 10 tahun seperti patchouli.

Tapi ada juga minyak pati yang hanya boleh disimpan 1 hingga 2 tahun sahaja walaupun disimpan dengan baik seperti minyak pati lemon dan tea tree.

Minyak pati boleh tamat tempoh kerana proses oksidasi. Oksidasi disebabkan oleh kelembapan dan oksigen. Sama puncanya pagar besi rumah boleh berkarat.

Jika bau minyak tidak sekuat seperti awalnya atau anda perasan minyak tidak sejernih dulu ertinya ia sudah tamat tempoh.

Back to blog