Tutup botol yang rapat elak oksidasi, udara atau air dari mencemari minyak pati.
Cara ini dapat mengekalkan ciri-cirinya. Jika minyak pati kerap terdedah pada udara dalam masa yang lama ia akan mengubah bau dan kelikatan minyak.
Bila anda tutup botol rapat-rapat andadapat elak minyak pati dari tersejat.
Elakkan suhu panas atau cahaya matahari
Terlalu tinggi suhu boleh beri kesan pada kualiti minyak.
Suhu yang tinggi dan cahaya matahari akan mengubah komposisi kimia semulajadi minyak pati.
Suhu yang tinggi buat minyak tersejat lebih cepat yang buatkan ia kurang efektif.
Simpan minyak pati dalam laci dan elak dari simpan dalam kereta.
Simpan di tempat yang gelap dan sejuk.
Simpan minyak pati dalam botol kaca.
Oleh kerana minyak pati sangat pekat ia mampu menghakis plastik jika disimpan dalam botol plastik.
Simpan minyak pati dalam botol gelap
Minyak pati digalakkan simpan dalam botol gelap atau amber untuk menjaga kualitinya. Cahaya berlebihan akan merosakkan minyak pati.
Masukkan botol minyak pati dalam plastik lutsinar sebelum naik pesawat.
Minyak pati yang terdiri dalam botol 10ml boleh dibawa naik pesawat. Pastikan anda masukkan botol-botol minyak pati yang anda bawa di dalam plastik semasa melalui pemeriksaan beg kastam.
Cara ini juga lebih selamat jika minyak tertumpah dalam beg.
Simpan semua minyak pati anda dalam satu beg khusus semasa travel
Cara ini buat anda mudah cari minyak pati dengan mudah bila diperlukan.
Bawa campuran minyak pati yang sudah diadun dengan minyak pembawa khusus untuk penyakit tertentu.
Contohnya NARINAR Frankie untuk masalah respiretori, NARINAR Ellgrie untuk masalah pencernaan, NARINAR Sidrie untuk beri ketenangan dan mudahkan tidur.
Cara ini lebih ringan untuk anda bawa semasa travel
Campuran yang sesuai untuk bayi buat anda boleh guna minyak pati untuk seisi keluarga.