Sepanjang menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah, amat sukar bagi sesetengah orang untuk menyesuaikan diri. Lebih- lebih lagi bagi ibu bapa yang terpaksa menguruskan anak-anak dan memastikan setiap tugasan kerja daripada majikan perlu diselesaikan pada waktu yang tepat.
Bagi anak- anak yang perlu menyesuaikan diri bagi menghadapi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu dan bukan sesuatu yang mudah serta merupakan cabaran baru bagi ibu bapa. Anak- anak mahu pun ibu bapa perlu sentiasa kreatif dan inovatif agar aktiviti dan tugasan dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
ESSENTIAL OIL UNTUK MERANGSANG KREATIVITI
Tiada apa-apa perkara yang perlu dibimbangkan lagi bagi anda sekeluarga dengan adanya bantuan semula jadi aromatik Essential Oil. Essential Oil secara asasnya mempunyai beberapa komponen aktif yang sangat bagus untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang hari di samping membantu anda menjadi lebih kreativiti. Mari kita terokai senarai beberapa Essential Oil yang sangat bagus untuk merangsang kreativiti. Antaranya ialah:
1. Peppermint Essential Oil
Peppermint Essential Oil mempunyai komponen utama yang aktif iaitu Menthol dan Menthone. Kandungan komponen seperti Menthol dan Methone ini diketahui sangat optimum dan membantu untuk kegunaan harian anda. Aromanya yang segar dan menenangkan pasti membantu untuk anda tingkatkan rasa segar dan fokus anda terhadap tugas kerja yang perlu diselesaikan. Yang paling utama, penggunaan Peppermint Essential Oil dapat merangsang kreativiti fikiran anda.
2. Lavender Essential Oil
Lavender Essential Oil merupakan antara pilihan utama peminat aromatik. Bukan sahaja mempunyai pelbagai keistimewaan yang tersendiri, malahan bau aromatiknya diketahui mampu merangsang sistem otak untuk menghantar signal kepada sistem tubuh badan yang lain untuk memberi respon yang positif.
Lavender Essential Oil mempunyai komponen aktif iaitu Linalool dan Linaly acetate. Kedua- dua komponen ini pastinya akan memberi kesan positif, dapat mempengaruhi sistem saraf manusia untuk berada dalam keadaan tenang. Apabila anda menghidu aroma wangian Lavender, otak secara automatiknya akan memberikan signal kepada sistem saraf untuk menstabilkan hormon agar anda berada dalam mood yang lebih tenang dan terkawal. Hal ini secara langsung menjadikan permikiran anda lebih kreatif.
3. Lemon Essential Oil
Lemon Essential Oil mempunyai komponen aktif iaitu Limonene dan komponen lain yang akan diketahui memberi kesan positif secara luaran dan terapeutik. Ianya merangsang signal otak agar menjadikan anda lebih kreatif. Aromanya yang menyegarkan berupaya membantu anda untuk lebih kreatif dengan datangnya pelbagai idea yang menarik. Secara tidak langsung, menjadikan tugasan anda dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan efektif.
Selain itu, Lemon Essential Oil membantu anda menyelesaikan sesuatu aktiviti penting iaitu tugas kognitif seperti proses memahami sesuatu pelajaran. Aroma Lemon Essential Oil yang semestinya menyegarkan sangat sesuai digunakan bagi para pelajar yang perlu memahami dan menghafal sesuatu pembelajaran.
4. Frankincense Essential Oil
Frankincense atau lebih dikenali sebagai Gam Arab mempunyai aroma lembut berunsurkan aroma kayu dan sitrus yang membantu untuk mencapai tahap ketenangan. Ia membantu untuk merangsang kemahiran berfikir. Jika ada sesuatu target yang perlu anda capai pada hari tersebut, gunakan Frankincense Essential Oil untuk menjadikan hari anda lebih bersemangat.
Kebaikan terapeutik penggunaan Frankincense Essential Oil sebagai teman kerja ada juga dapat meringankan ketidakselesaan pada sistem pernafasan, menjadikan anda bernafas dengan lebih segar.
5. Tangerine Essential Oil
Tangerine atau limau membantu untuk menjadikan anda mudah ceria sepanjang hari. Aroma sitrus Tangerine Essential Oil menjadikan mood anda lebih tenang dan serta lebih segar dalam menjalani rutin harian anda. Setiap individu pasti akan menghadapi masalah, tetapi individu yang posititf akan sentiasa mencari kebaikan di sebalik kesukaran tersebut.
Tangerine Essential Oil menjadikan anda lebih optimis. Semangat optimis ini bukan selalunya mudah untuk dikekalkan, namun ia akan menjadi mudah untuk rasa bersyukur setiap hari dengan adanya aroma wangian Tangerine Essential Oil. Untuk memfokuskan semula mengikut rancangan kehidupan anda, gunakan Tangerine, bagi membantu mencipta hasil yang gembira dengan aroma sitrusnya yang kemanis-manisan.
6. Bergamot Essential Oil
Bergamot atau limau gegendang merupakan aroma kumpulan sitrus yang membantu untuk melancarkan sistem penghadaman manusia dan sangat bagus untuk menstabilkan tenaga stamina anda sepanjang hari. Bergamot sering diguna dalam produk kosmetik syampu untuk menjadikan kulit kepala lebih segar dan aromanya menjadikan rambut lebih harum sepanjang hari.
Untuk yang bekerjaya dan sibuk dengan beberapa tugasan penting, Bergamot Essential Oil ada pilihan yang terbaik untuk membantu anda menaikkan keyakinan dan menjadikan anda lebih optimum serta fleksibal. Dengan keyakinan yang tinggi, menjadikan anda lebih berfikiran terbuka dan merangsang kreativiti.
7. NARINAR Claritie
NARINAR Claritie merupakan 1 botol minyak aromaterapi yang lengkap dengan beberapa gabungan adunan Essential Oil yang lain dalam membantu untuk merangsang kreativiti anda. 100% Pure Natural Essential Oil iaitu Chamomile, Sandalwood, Frankincense, Helichrysum, Kaffir Lime, Bidara, Bergamot, Vetiver, Grapefruit & Minimal Carrier Oil. Kesemua adunan ini direka khas untuk membantu anda lebih fokus, kreatif dan fleksibel dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. NARINAR Claritie wajib ada untuk setiap pelajar sebagai teman baik dan penyelesaian yang terbaik buat pelajar menghadapi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Kesemua jenis Essential Oil ini perlu ada bagi merangsang kreativiti anda dan menjadikan anda lebih inovatif. Aromanya yang segar dan menenangkan pasti membantu untuk anda tingkatkan rasa segar dan fokus terhadap tugas kerja yang perlu diselesaikan.