Fasa bila bayi berjalan ?

Fasa bila bayi berjalan ?

 

Entah bila bayi anda mula berjalan. Kesibukan di tempat kerja kadang-kala buat anda tak perasan bayi dah mula berjalan ke seluruh rumah. Perkembangan ini memerlukan galakan, perhatian dan langkah keselamatan dari anda mama papa yang penyanyang.

Kebanyakan bayi ambil langkah pertama antara 9 hingga 12 bulan. Mereka mula berjalan lancar ketika berumur 14 atau 15 bulan.

Bagaimana bayi belajar jalan?

Kaki bayi tidak cukup kuat untuk menyokong badan mereka. Bantulah mereka dengan memimpin kedua-dua belah tangan mereka. Mereka akan cuba menggerak-gerakkan kaki dengan menolak kaki dengan kuat di lantai seperti cuba berjalan. Bayi akan buat begini dalam dua bulan.

Bila bayi sudah berusia enam bulan, bayi akan cuba melompat atas dan bawa bila anda latih bayi seimbangkan badan. Lantunan atau gerakan seperti mahu melompat akan jadi kegemarannya dalam beberapa bulan mendatang. Cara ini akan menguatkan otot kaki sementara dia menguasai gerakan merangkak, duduk dan memusingkan badan.

Bila masuk 9 bulan, bayi anda akan mula berdiri dengan memegang perabot sebagai sokongan.

Pada 9-10 bulan, bayi anda akan berlatih membengkokkan lutut dan duduk selepas berdiri.

Selepas kuasai posisi berdiri, bayi anda akan mula berjalan dari satu perabot ke perabot lain sebagai sokongan untuk berjalan. Bayi akan mula cuba-cuba lepaskan perabot untuk berdiri tanpa sokongan seperti anda!

Ketika ini juga bayi akan mula membongkok dan mencangkung untuk mengambil permainan di lantai misalnya.

Pada usia 12 bulan, kebanyakan bayi boleh berjalan dengan sendiri.

Sekitar 16 bulan, bayi anda akan mula tertarik dengan tangga. Bayi mula mahu cuba turun naik tangga dengan kerap. Pastikan ada orang yang mengawasinya.

Masuk bulan ke 18, bayi anda akan mula memanjat. Bayi akan memanjat perabot di rumah atau cuba naik dan turun sofa atau katil. Bayi juga cuba menendang dan sudah boleh menari.

Pada bulan 25 atau 26, bayi anda akan semakin stabil untuk berjalan. Dia juga akan mula melompat dengan lebih baik.

Jangan risau jika bayi anda ambil lebih masa untuk berjalan. Ada juga bayi hanya mampu berjalan bila berusia 16 atau 17 bulan.

Back to blog