July 18, 2019 2 min read
Bayi biasanya merangkak antara 6 hingga 10 bulan. Proses merangkak sangat penting dan tidak harus di abaikan untuk membangunkan koordinasi otak.
Oleh kerana otak memerlukan proses mendengar, melihat dan pergerakan dalam masa yang sama, pergerakan merangkak akan menjadikan penggunaan otak kanan dan otak kiri lebih seimbang. Semakin banyak bayi merangkak, semakin selari dan seimbang penggunaan otak kanan dan otak kiri dalam masa yang sama.
Kemampuan bergerak sendiri merupakan satu titik kejayaan yang besar untuk bayi. Merangkak akan buat bayi rasa diri mereka hebat yang dapat meningkatkan keyakinan diri.
Kebanyakan bayi akan belajar merangkak antara umur 6-10 bulan. Bayi akan mula merangkak sejurus dia sudah mampu duduk tanpa sokongan belakang. Pada masa ini, bayi sudah mampu menggerakkan kepalanya dan pusing ke kiri kanan untuk melihat sekeliling.
Otot tangan, kaki dan belakang juga cukup kuat untuk menahan diri dari tersembam ke lantai apabila cuba merangkak dengan kedua belah tangan dan kaki.
Tummy time juga boleh elakkan flat spot dari terjadi dikepala bayi. Flat spot boleh berlaku bila bayi baring terlalu lama.
Sebaiknya pasangkan pagar di kawasan merbahaya seperti tangga atau pintu dapur.
Pastikan bayi anda sentiasa diawasi untuk mengelakkan kecelekaan. Bayi anda tidak perlu memakai kasut sehinggalah dia sudah menguasai berjalan.