January 31, 2019 2 min read
“Dianggarkan 400 juta penduduk dunia penghidap G6PD dan lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia yang kebanyakannya anak lelaki mempunyai kekurangan ini.”
Bayi G6PD ialah bayi yang punya kurang enzim Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase dalam sel darah merah mereka. Enzim ini berfungsi untuk pnghasilan sel darah merah baru dan penghasilan tenaga daripada karbohidrat.
Enzim ini penting juga untuk lindung dan lawan jangkitan dari serang sel darah meraha. Selain itu enzim ini tugasnya lindung sel darah merah daripada pecah (hemolisis). Sel darah merah boleh pecah bila ia terdedah pada ubat-ubatan tertentu, makanan atau jangkitan.
Pada dasarnya mommies tidak perlu risau jika bayi mommies di diagnose G6PD kerana masalah ini sangat biasa berlaku sehinggakan menurut BabyCenter kira-kira 1 dalam 10 kanak-kanak mengalami kekurangan G6PD di Malaysia.
Kanak-kanak dan bayi tidak menunjukkan simptom G6PD sehingga terdedah kepada pencetusnya. Jika ini berlaku, bermula lah proses hemolisis. Jika tidak mendapat rawatan segera bayi atau kanak-kanak boleh menyebabkan kekurangan darah.
Oleh sebab itu bayi yang baru lahir dan disahkan G6PD perlu dipantau dalam wad kerana mereka berpotensi mendapat penyakit kuning (jaundis). Penyakit kuningnya mudah naik secara mendadak sehingga jadi penyebab kerosakan otak.
1. Maklumkan pada doktor yang merawat anak mommies bahaya anak mommies menghidap G6PD supaya doktor boleh beri ubat yang sesuai.
2. Pakaikan “rantai perubatan” pada anak untuk dapat bantuan yang tepat dalam kecemasan
Sel darah merah boleh pecah bila ia terdedah pada ubat-ubatan tertentu, makanan atau jangkitan. Elak bahan-bahan dan ubat-ubat berikut yang boleh menyebabkan hemolisis