Urutan bayi penting untuk perkembangan tumbesaran bayi. Kelebihan urutan bayi boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu interaksi, rangsangan, penyembuhan dan ketenangan.
1. Interaksi melalui urutan bayi termasuklah:
- Menguatkan hubungan antara ibubapa dan anak
Urutan sejak lahir akan mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak.Walaupun kita yang mengandungkan anak kita tu. Lahirkan dia dengan susah payah. Itu bukan bermaksud hubungan dah erat. Ianya perlu dipupuk dari kecil hingga dewasa.
- Komunikasi verbal/non-verbal
Apabila mommies beri urutan pada bayi, itu merupakan komunikasi non-verbal. Mommies pandang, senyum padanya itu juga komunikasi non-verbal. Tapi apabila mommies berbual dengannya, menyanyi riang itu ialah komunikasi verbal yang dapat meningkatkan kosa kata bayi kecil mommies.
- Memupuk keyakinan dan kepercayaan
Anak yang selalu di urut akan mempunyai keyakinan yang ibunya sentiasa ada untuknya. Bayi juga akan rasa lebih percaya bahawa ibunya akan dapat menyelamatkannya. Keyakinan dan kepercayaan ini penting supaya bayi tidak rasa keseorangan.
- Menggunakan semua deria
Dengan urutan, mommies dah menggunakan semua deria seperti deria pendengaran bayi, penglihatan, bau dari mommy, sentuhan dari sentuhan jari jemari mommy. Bila semua deria digunakan, deria ini akan lebih peka yang membantu tumbesarannya.
- Rasa disayangi, dihormati dan dihargai
Istimewanya rahim yang mengandungkan bayi, ia memberi bayi rasa disayangi, dihormati dan dihargai. Bila bayi sudah dilahirkan keadaan bayi tidak sama seperti dalam rahim. Maka dengan urutan bayi akan kembali rasa pengalaman dalam rahim.
2. Setiap urutan akan merangsang:
- Peredaran darah dan sistem penghadaman yang lancar
Bayi sering ada masalah penghadaman. Dengan urutan di perut secara membulat arah jam akan memberi penghadaman yang lancar.
- Menguatkan sistem imun dan hormon
Urutan yang konsistant akan menguatkan sistem imun yang diperlukan untuk mengelakkan anak dari mudah berjangkit selsema, demam dan batuk dari orang lain.
- Memberi keseimbangan dan koordinasi
Urutan akan memberi koordinasi badan yang seimbang. Ini bermakna kemampuan bayi menggunakan beberapa anggota badan dengan lancar dan efektif.
- Meningkatkan tumpuan dan pembelajaran
Bila bayi selalu diurut, bayi biasa memberi lebih tumpuan untuk satu-satu perkara. Ini akan membantu dalam pembelajarannya.
- Memberi perkembangan dan pembinaan otot
Urutan akan membentuk perkembangan dan pembinaan otot yang lebih cepat. Bayi akan lebih kuat menggunakan anggota seperti tangan dan kaki.
- Menambah kepekaan minda dan badan
Bila badan sihat otak cergas. Biasa kan dengar begitu? Dengan urutan bayi dapat menambahkan kepekaan minda dan badan.
3. Ibubapa akan dapati urutan bayi membantu melegakan:
- Kolik dan gas
Kolik memang tiada ubat dan tidak dapat dielakkan. Tapi dengan urutan, kita akan membantu bayi melegakan kolik.
- Sembelit dan cirit-birit
Bila bayi lahir, sistem penghadamnnya masih belum matang. Ada mommies yang beri susu formula tidak kena dengan badan bayi. Ada juga mommies yang beri susu ibu dengan diet yang tidak serasi dengan bayi.
Jadi, dengan urutan, mommies akan membantu melancarkan sembelit dan mencegah cirit-birit.
- Tegang otot
Bayi dilahirkan dengan ruang lompong antara anggota badannya. Sebab itulah mereka memerlukan sokongan penuh terutama di bahagian leher apabila di angkat.
Tegang otot boleh disebabkan masalah kesihatan. Namun begitu kita boleh bantu bayi dengan urutan sejak lahir.
- Ketidak selesaan gusi
Urutan khusus untuk melegakan ketidakselasaan gusi dapat membantu mengurangkan sakit yang disebabkan gigi tumbuh.
- Kekejangan
Kekejangan pada perut bayi biasa berlaku. Bayi akan meragam dan sukar untuk ditenangkan. Cuba urutan pada perut bayi. Tapi awas. Jangan mengurut selepas minum susu. Burping lebih membantu.
4. Urutan memberi ketenangan melalui:
- Menambah baik patern tidur
Waktu siang dan malam yang tiada beza dalam rahim ialah suasana yang baru bila bayi lahir. Dengan urutan dengan minyak yang bersesuaian akan membantu menambah baik patern tidur bayi.
- Meningkatkan fleksebiliti dan otot
Bayi akan lebih cepat meggerakkan tangan dan kakinya apabila selalu diurut.
- Rasa lebih tenang
Bayi yang tenang ialah idaman setiap ibu. Beri urutan untuk buat rasa bayi lebih tenang.
- Menurunkan hormon stress
Banyak sangat kan kelebihan urutan bayi ni? Jom jadikan urutan sebagai bahasa utama untuk si manja dan boleh juga cuba untuk mommies dan daddies.
Nak tahu dan belajar teknik urutan bayi yang betul dan mudah? Klik SINI untuk dapatkan ebook PERCUMA (waktu terhad) SEKARANG!