July 15, 2019 2 min read
Mama jangan panik dulu bila bayi muntah sekali sekala. Biasanya bayi muntah tidak lebih dari satu atau dua hari. Anda juga tidak perlu panik jika bayi tidak menunjukkan tanda-tanda serius.
Ada beza antara muntah dan muak susu. Muntah ialah pengeluaran isi perut secara paksaan melalui mulut. Muak susu pula berlaku secara mudah tanpa paksaan dari isi perut ke mulut biasanya bersama sendawa.
Muak susu biasanya berlaku pada bayi kurang dari satu tahun selepas menyusu. Sesetengah bayi muak susu atau jeluak setiap kali selepas menyusu. Muak susu dipanggil tindakan reflux gastroesophageal.
Ia berlaku bila gegelang otot di atas perut tidak tutup dengan rapat. Muak susu akan berkurangan bila bayi semakin membesar.
Biasanya muak susu tidak berbahaya. Walau bagaimana pun ia boleh jadi masalah bila berat badan bayi berkurangan, bayi tercekik atau gangguan asid pada esophagus. Jika bayi anda ada tanda-tanda berikut semasa muak susu, bawa jumpa doktor segera: