Kenapa Essential Oils digelar “essential?”

Kenapa Essential Oils digelar “essential?”

Essential oils diterjemahkan dalam Bahasa Melayu sebagai minyak pati. Istilah essential oils sering kali menjadi debatan ahli professional kerana essential oils bukanlah “essential” pada tumbuhan. Ada tumbuhan yang tidak mengandungi essential oils pun.

Oleh kerana itulah ahli professional lebih selesa dengan gelaran “volatile oils.” Volatile oils atau “minyak yang tidak stabil” boleh bawa banyak maksud. Dalam kes ini istilah volatile itu merujuk pada ciri-ciri minyak ini yang tidak stabil.

 Minyak pati atau essential oils atau volatile oils ini sangat mudah tersejat ke udara!

Sifat unik yang ada pada minyak pati ini menjadikan ia punya cara penyimpanan khusus, cara penggunaan yang unik dan cara penghasilan yang lain dari minyak yang lain.

Essential oils sangat sinonim dengan amalan aromaterapi. Ahli aromaterapi menggunakan minyak pati dari sesebuah tumbuhan dan digabungkan dengan minyak pati dari tumbuhan yang lain untuk beri kesan kelegaan pada pesakitnya.

Rawatan untuk sakit otot, legakan sistem pencernaan dan sistem pernafasan ada dalam minyak pati. Selain itu minyak pati beri kesan pantas apabila ia digunakan sama ada hidu atau sapuan pada kulit.

Manfaat kesihatan dari tumbuhan tidak perlu diperkenalkan lagi. Telah banyak rawatan diberikan oleh ahli perubatan terdahulu melalui tumbuhan dan kesannya sangat mujarab. Ada juga ubat moden yang dihasilkan dari ekstrak tumbuhan seperti kulat penicillium, daun opium poppy, daun koko, kulit pokok willow dan sebagainya.

Tidak ajaib penawar masalah kesihatan manusia ada dalam tumbuhan. Kewujudan essential oils pada tumbuhan asalnya untuk melindungi diri dari ganguan serangga perosak dan persekitaran yang mampu membunuh pokok seperti udara dan cuaca yang ekstrim.

Misalnya minyak pati frankincense diekstrek dari frankincense yang berbentuk resin atau getah pokok. Pokok ini hanya wujud dalam cuaca ekstrim di tanah gersang di benua Afrika. Walaupun demikian resin itu sangat tinggi ciri-ciri aromatiknya.

Ia mampu mencairkan hinggus dan melonggarkan kahak. Dalam masa yang sama ia akan menguatkan imunisasi badan manusia. Tidak cukup dengan itu, frankincense mampu menguatkan ingatan dan baik untuk tingkatkan fokus. Resin yang berkilau sepert emas itu merupakan tumbuhan berharga yang hanya digunakan oleh golongan bangsawan pada zaman Mesir Kuno.

Kini anda boleh peroleh manfaatnya yang siap dibotolkan dalam NARINAR Frankie!

Back to blog