Essential oils (minyak pati) bukan untuk di makan. Namun ada banyak cara essential oils ‘berinteraksi’ anda dan si manja. Apabila essential oils disapu pada kulit, kimia tumbuhan semulajadi akan meresap terus dalam kulit, larut dalam lemak, mampu menembusi dinding sel, dan terus melalui saluran darah.
Selain itu, anda ada juga cara lain yang membuatkan minyak pati menyerap dengan lebih baik seperti urutan Vitaflex dan Nanion Diffuser Ultrasonik.
Apa itu Essential Oils (Minyak Pati)?
Essential oils ialah ekstrak kompaun dari tumbuhan. Minyak yang memerangkap bau dan rasa tumbuhan dipanggil esen.
Ciri-ciri esen yang unik ada dalam kompaun aromatik essential oils. Essential oils diperolehi daripada teknik penyulingan sama ada melalui air atau stim atau cara mekanikal seperti cold pressing.
Bila kimia aromatik di ekstrak, ia di kombinasikan dengan minyak pembawa (carrier oil) untuk menghasilkan produk yang sedia untuk digunakan.
Cara campuran minyak sangat penting. Jika essential oils yang diperoleh dari proses kimia ia tak di kategorikan sebagai essential oils yang tulen.
Boleh ke guna Essential Oils untuk Bayi?
Bagaimana Essential Oils berfungsi?
Essential oils biasanya digunakan dalam aromaterapi. Ia boleh digunakan sama ada dengan hiduan atau sapuan topikal.
Sistem limbik akan terangsang, iaitu bahagian otak yang memainkan peranan penting dalam emosi, perlakuan, deria bau dan ingatan jangka panjang bila anda hidu dalam-dalam aroma dari essential oils.
Menariknya, sistem limbik ini terlibat langsung dalam membentuk ingatan. Boleh bayangkan tak tiba-tiba bau kari ikan. Mesti teringat kari kepala ikan yang sedap tu kan. Atau bila dengar lagu raya mesti teringat kenangan masa kecil-kecil dulu kan. Teringat keluarga di kampung. Mesti kan. Itu yang sistem limbik ni buat.
Selain itu sistem limbik ini memainkan peranan penting untuk mengawal fungsi fisiologi tanpa sedar seperti degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah. Minyak pati boleh beri kesan kepada fungsi fisiologi tanpa sedar ini.
Jenis-jenis Essential Oils yang terkenal
Terdapat ratusan jenis Essential Oil dan setiap darinyanya mempunyai bau yang unik dan baik untuk kesihatan.
Di bawah ini ialah 10 Essential Oils yang terkenal dan boleh memperbaiki kesihatan anda dan keluarga:
- Peppermint – Digunakan untuk menurunkan suhu badan semasa demam dan melegakan sistem pencernaan.
- Lavender – Digunakan untuk melegakan tekanan dan mengurangkan radang.
- Sandalwood – digunakan untuk menenangkan saraf dan bantu dalam meningkatkan tumpuan
- Bergamot – Digunakan untuk mengurangkan tekanan
- Rose – Digunakan untuk memperbaiki mood dan mengurangkan kebimbangan
- Chamomile – Digunakan untuk memperbaiki mood dan beri kerehatan pada anda
- Ylang-Ylang – digunakan untuk merawat sakit kepala
- Tea Tree – Digunkan untuk melawan infeksi dan merangsang imun
- Jasmine – Digunakan untuk mebantu depresi, kelahiran bayi
- Lemon – Digunakan untuk membantu pencernaan, mood, pening kepala
Ada banyak lagi minyak pati sesuai untuk digunakan untuk di rumah. Pilih minyak pati yang tulen untuk dapat kesan terupatik yang maksimum.
Nak tahu dah belajar lagi untuk kesihatan dan perlindungan semula jadi anak-anak anda? Klik di bawah untuk Download dan baca ebook khas yang Kak Erin buat untuk mommy-mommy peyayang di luar sana ni ya.
Di dalam Ebook ini Kak Erin kongsikan kepada anda :
[+] Kepentingan & Manfaat Essential Oils & Bayi
[+] Selidik 5 Perkara Kenapa & 3 Mitos Bayi Menangis
[+] 3 Langkah Urutan Mudah Melegakan Hidung Bayi Yang Tersumbat Akibat Selsema
[+] 5 Punca & Solusi Untuk Masalah Kembung Perut Bayi
[+] 5 Sebab Kenapa Bayi Selalu Muntah Selepas Menyusu? Ini Cara Mengatasinya
[+] 3 Faktor Yang Menyebabkan Bayi Mudah Sembelit & Cara Mengatasinya
Semua ini adalah benda wajib yang ibu muda seperti anda wajib tahu, terutamanya tentang kebaikan essential oil dan bagaimana iannya sangat membantu untuk si comel dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
Sekali lagi, klik link ini untuk download :
Ebook Cara & Mitos Ibu Muda Wajib Tahu tentang Essential Oil dan Terapi Bayi
Selamat mencuba dan jadi Ibu Bapa Peyayang,
Shazren Shah
Juruterapi Bayi Bertauliah