Minyak pati yang diekstrak dari tumbuhan mempunyai kepekatan yang tinggi. Biasanya ia dibotolkan dalam botol kecil sekecil 3-10ml untuk kegunaan keluarga dalam masa 1 bulan.
Tidak perlu guna banyak dalam satu-satu masa. Hanya perlu guna 2-5 titis minyak pati setiap kali guna terutama kegunaan secara sapuan.
Oleh kerana minyak pati sangat pekat juga ia lebih selamat digunakan pada kulit berbanding ditelan melalui mulut.
Tapi kulit dimana yang lebih sesuai untuk minyak pati?
Semua bahagian kulit di badan boleh disapukan minyak pati selepas diadun dengan minyak pembawa. Namun, ada bahagian kulit yang biasa anda dengar ahli aromaterapi nasihatkan untuk sapu.
Bahagian kulit yang dimaksudkan ialah tapak kaki. Tapak kaki biasanya punya lapisan kulit yang lebih tebal. Ada juga orang kata tapak kaki mempunyai liang pori yang lebih besar. Jadi lebih cepat serapakan minyak pati tu.
Sebenarnya sapuan minyak pati di tapak kaki atau di tapak tangan lebih berkesan kerana di sana tiada kelenjar sebaceous. Kelenjar sebaceous ni mengeluarkan minyak atau dikenali sebagai sebum.
Sebab itulah minyak pati lagi cepat meresap di tapak kaki sebab tiada halangan dari sebum seperti yang ada di muka atau di bahagian kulit lain.
Lagipun di tapak kaki ada lebih 20 titik akupuntur yang menarik untuk anda tahu. Jika anda masih mahu sapu di kulit lengan, muka atau kaki pun boleh. Tiada masalah sama sekali. Asalkan anda lakukan ujian patch terlebih dahulu.
Ujian ini dijalankan untuk menguji sama ada kulit anda alah dengan campuran minyak pati yang ada. Jika tiada kesan merah atau pedih selepas 30 minit, anda boleh terus gunakan campuran minyak pati tersebut pada kulit yang anda pilih.
Ingat, jangan sapukan minyak pati terus pada kulit tanpa minyak pembawa! Minyak pembawa biasanya minyak tumbuhan yang boleh anda dapati di dapur rumah. Minyak zaitun misalnya memberi kelembutan pada kulit disamping membawa manfaat minyak pati seperti lavender, frankincence dan lemon supaya lebih selamat digunakan.