Kuasa dan pengaruh aromaterapi kepada otak anak

Kuasa dan pengaruh aromaterapi kepada otak anak

Aroma atau bau merupakan salah satu daripada 5 deria  manusia. 4 deria lain ialah lihat, dengar, sentuh dan rasa.

Bagaimana minyak pati atau essential oils mampu mempengaruhii otak anak kita? Bukan setakat itu sahaja, aroma juga memainkan peranan besar dalam kesihatan metal, emosi, fizikal dan seterusnya kehidupan seharian kita.

Apabila aroma molekul essential oils dihidu melalui udara, ia akan melalui lubang hidung terus ke olfactory epithelium atau pusat deria bau. Di sini rangsangan terhadap sel sel reseptor akan berlaku. Seterusnya menghantar maklumat untuk kita  proses setiap aroma tu.

Selepas itu maklumat akan dihantar ke bahagian lain otak seperti pusat deria rasa, amygdala dan bahagian sistem limbik.

Amygdala ialah bahagian yang menyimpan memori mengenai emosi. Manakala sistem limbik berkait terus dengan kawalan degupan jantung, tekanan darah, pernafasan, memori, skala tekanan, hormon dan lain lain. Di sinilah essential oils berpengaruh besar dalam kesan phsiology dan phykology.

Dan pastinya melalui aroma juga dapat membantu otak berfungsi dengan konsentrasi maksimum. Meningkatkan potensi minda dan pemikiran yang jelas.

Kebanyakan essential oils yang mempunyai fungsi seperti ini mengandungi tahap Sesquiterpene yang tinggi.

Selamat ber-aroma dengan essential oils untuk otak anak yang premium!

Back to blog