LANGKAH-LANGKAH  MENANGANI ANAK TIDAK MAHU KE SEKOLAH

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ANAK TIDAK MAHU KE SEKOLAH



Hari pertama sekolah memang tak sah kalau tak ada yang menangis, tidak kiralah masuk darjah satu atau tadika. Bukan itu saja, malah ada yang meraung-raung, tak mahu makan, tak mahu belajar, dan ada yang buat aksi-aksi pelik sebagai tanda protes. Ingat kan insiden sampai tersangkut kepala di kerusi?

Haa.. Jangan gelak sangat ya. Kalau diingat dahulu, zaman sekolah kita sama saja macam tu! Dalam diam-diam pun mesti ada rasa sedih bukan kepalang sebaik saja mak ayah hilang dari pandangan.

Anak yang enggan ke sekolah adalah suatu masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa, terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah (Sekolah Pra mahupun Darjah satu)

Banyak sebab menjadi punca kepada masalah ini.

Mungkin kerana  anak merasa takut atau tertekan untuk datang ke sekolah, hal ini akan memberi kesan kepada si anak.Kadang-kadang kita mengambil ringan tentang tekanan yang dihadapi oleh anak ini.

Perkara ini perlu diambil perhatian kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi kanak-kanak tersebut, bahkan mampu menjejaskan sistem tubuh anak seperti selalu mengalami sakit kepala dan sakit perut.

Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Contohnya tidak suka pada guru yang garang, dibuli rakan, takut berpisah dengan ibu dan sebagainya.

Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru.

Antara Langkah yang kita boleh lakukan untuk anak lebih `Excited’ nak ke sekolah adalah:

  1. VISUAL SUASANA POSITIVE DI SEKOLAH.

Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya.

  1. MOMMIES PERLU CEKAL & KEKAL TENANG.

Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak. Keep calm dan sentiasa tersenyum untuk sebarkan vibes positif pada anak. Emosi yang tenang, membuatkan anak lebih tenang dan ceria. Deep inhale Essential Oil Roselove dapat membantu mommies kekal tenang dan happy sentiasa .

  1. CALITKAN ESSENTIAL OIL CLARITIE NARINAR UNTUK STAY FOKUS.

Bekalkan anak dengan calitan kasih sayang Essential Oil Claritie yang mampu membantu anak lebih fokus dan kekal tenang ketika berada didalam kelas. Anak tidak mudah mengantuk dan tidak meragam. Lebih mudah fokus dengan apa yang diajarkan oleh guru.

  1. TIDAK MENUNGGU LAMA.

Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.

  1. PUNCTUAL ( TIDAK LEWAT)

Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang. Adalah lebih baik untuk kita menunggunya lebih awal. Best part, dapat tengok wajah anak “sebelum & selepas” sekolah. Cute kan ? Anak tudung hilang, tudung senget, baju putih berubah ada corak.

  1. GANJARAN ATAU PUJIAN

Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian. Pujian juga penting, contoh : Aisy, anak soleh. Anak yang baik, rajin pergi sekolah. Perkataan pujian yang baik adalah doa untuk anak.

  1. SENTIASA MENGAJAK BUKAN MENYURUH.

Ramai parents merungut anak liat untuk buat homework apabila disuruh. Mereka bukan tidak suka, tetapi nak kan perhatian. Secara psycologinya, kita lebih suka jika suami kita ajak kita diet bersama-sama berbanding suami suruh kita diet, kan? Sama juga dengan anak-anak, meraka nakkan kita beri perhatian pada persekolahan mereka, tunjuk minat denga apa yang mereka buat dan nak cerita pada kita. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.

 

 

 

 

 

 

Back to blog