LIPOSOMAL VITAMIN C & KONVENSIONAL VITAMIN C: APAKAH PERBEZAANNYA?

LIPOSOMAL VITAMIN C & KONVENSIONAL VITAMIN C: APAKAH PERBEZAANNYA?

Dalam keadaan dunia sedang dilanda wabak Covid-19, pelbagai usaha diambil untuk meningkatkan imuniti badan, melindungi diri daripada virus atau mengurangkan komplikasi apabila dijangkiti penyakit, antaranya dengan mengambil suplemen tambahan. Suplemen seperti vitamin C mendapat permintaan tinggi dalam market sejak 2-3 tahun yang lalu. Vitamin C atau asid askorbik berperanan sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel badan dan berfungsi meningkatkan daya tahan badan daripada penyakit berjangkit seperti selesema atau influenza.

Kebanyakan tumbuhan dan haiwan boleh menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Namun begitu, manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Oleh itu, kita harus mengambil vitamin C daripada sumber makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, lada, beri dan buah sitrus. Kita juga boleh menambah pengambilan vitamin C daripada suplemen vitamin C untuk menyokong diet rendah buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Vitamin C konvensional kebanyakannya datang dalam bentuk serbuk, tablet atau kapsul. Vitamin C jenis ini larut dalam air, bermakna ia diserap dalam air. Walaupun badan manusia mengandungi banyak air, struktur sel manusia diperbuat daripada lipid-lemak. Seperti yang diketahui, minyak (lemak) dan air tidak bercampur; mereka menolak antara satu sama lain. Maka dengan itu, terdapat cabaran yang terlibat dengan membawa nutrien larut air ke dalam matriks larut lemak seperti membran sel. Ketidakserasian ini membawa kepada kadar pengambilan dan penggunaan nutrien yang lebih rendah dalam sel. 

Ramai orang percaya bahawa apabila mereka mengambil vitamin C, badan secara automatik menyerap dos secara penuh. Salah faham yang biasa terjadi adalah lebih banyak kita ambil, lebih banyak kebaikan yang diperoleh. Harsh truth is, badan hanya mampu menyerap 20-30% vitamin C biasa dari setiap 1000mg. Sikit bukan? Ini adalah kerana vitamin C jenis ini perlu melawan asid perut dan enzim, sebelum sampai ke usus kecil, di mana ia kemudiannya memerlukan pengangkut untuk pergi ke sel.

Liposom ialah bebuih lipid kecil yang diperbuat dari lapisan lemak yang sama dengan sel badan kita. Lemak liposom ini dihasilkan hampir mirip dengan komposisi sel membran tubuh badan kita. Disebabkan lapisan luar liposom ini menyerupai membran sel badan, teknologi liposomal digunakan dimana liposom bersaiz nano ini melindungi dan menyaluti vitamin C.   

Melalui kaedah ini, vitamin C dapat diserap secara terus ke dalam sel, melindungi vitamin C daripada terdegradasi dalam usus, tidak dihancurkan oleh asid perut, menjadikan ianya lebih sedia digunakan dalam tubuh badan. Justeru, Lipo-C membantu badan menyerap 80-90% nutrisi terutamanya Vitamin C ke dalam badan mengatasi had penyerapan semulajadi tubuh badan.

Tetapi dengan teknologi liposom, badan menyerap sehingga 90% daripada vitamin  C dalam Lipo-C boost ini. Liposom membantu penyerapan nutrisi terutamanya vitamin C dengan lebih baik ke dalam sel dan tisu. Teknologi liposomal ini pada asasnya meningkatkan penyerapan vitamin C dalam badan dan memberikan lebih banyak manfaat kesihatan.

Lipo-C Boost keluaran Narinar merupakan minuman botani yang mengandungi vitamin C dengan teknologi liposomal yang sesuai untuk semua golongan umur. Lipo-C Boost Narinar merupakan satu-satunya produk jenis ini di Asia Tenggara, dihasilkan di Malaysia dan dijamin halal oleh JAKIM.

Rujukan:

  1. https://www.webmd.com/diet/features/the-benefits-of-vitamin-c#:~:text=Vitamin%20C%2C%20also%20known%20as,cartilage%2C%20bones%2C%20and%20teeth.
  2. https://drjockers.com/health-benefits-liposomal-vitamin-c/
  3. https://www.dougcookrd.com/vitamin-c-supplement/
  4. Liposomal-encapsulated ascorbic acid: Influence on vitamin C bioavailability and capacity to protect against ischemia-reperfusion injury (Davis J, Paris H, Beals J et al. 2016)
  5. Influence of vitamin c supplementation on oxidative stress and neutrophil inflammatory response in acute and regular exercise (Popovic L, Mitic N, Miric D et al., 2015)

 

Back to blog