Mana Satu Yang Patut Saya Beli Diffuser Atau Humidifier?

Mana Satu Yang Patut Saya Beli Diffuser Atau Humidifier?

NANION diffuser

Salah satu cara terbaik menggunakan minyak pati ialah melalui bauan. Sebab itulah aromaterapi sinonim dengan minyak pati. Untuk dapatkan kesan aromaterapi ini anda boleh tarik nafas dalam-dalam (deep inhale) pada tapak tangan yang dititiskan campuran minyak pati atau menggunakan diffuser.

Tapi ada dua jenis yang ditawarkan dalam pasaran. Diffuser dan humidifier.  Mana satu yang lebih baik untuk minyak pati?

Perbezaan yang paling ketara ialah saiz. Saiz diffuser lebih kecil kerana ia direka khusus untuk digunakan bersama minyak pati. Manakala humidifier mempunyai saiz yang lebih besar. Ia direka untuk mengawal tahap kelembapan dalam udara.

Perlu untuk anda tahu juga minyak pati tidak sesuai digunakan bersama humidifier.

Diffuser ni apa sebenarnya?

Diffuser hadir dalam pelbagai jenis, bentuk dan saiz. Ia digunakan untuk diffuse minyak pati ke dalam udara sebagai aromaterapi. Jangan keliru antara humidifier dan diffuser. Diffuser berbeza dengan humidifier kerana diffuser direka khusus untuk minyak pati.

Campuran minyak pati bersama air didalam tangki air diffuser dan tersebarlah minyak pati melalui kabus (mist). Ada 4 jenis diffuser minyak pati iaitu diffuser ultrasonik, diffuser nebulizer, diffuser haba dan diffuser penyejatan (evaporative).

Diffuser ini direka untuk menguap kabus halus yang bercampur dengan minyak pati. Keutamaan fungsinya ialah kebaikan kesihatan melalui minyak pati, selain daripada memberi kesan sejuk dan mengharumkan ruang bilik anda.

Kebaikan diffuser

  • Diffuse minyak pati akan menigkatkan mood dalam ruang bilik.
  • Menyebarkan molekul minyak pati yang memberi kebaikan untuk sistem badan.
  • Kabus sejuk membersihkan udara sekitar diffuser.
  • Kabus halus dari minyak pati yang di diffuse akan diserap dalam kulit anda yang mampu beri kerehatan atau ransangan. Cara ini sangat berguna jika anda mempunyai kulit yang kering.
  • Diffuser juga mampu mengurangkan jumlah bakteria dalam udara yang anda tahu dapat menyebabkan masalah kesihatan mula terjadi.
  • Kabus yang sejuk dari diffuser bantu anda bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan dengkuran semasa tidur apabila digunakan bersama minyak pati yang tepat.
  • Diffuser biasanya hadir degan lampu LED yang berwarna-warni. Warna lampu ini mampu mengurangkan keletihan minda dan meningkatkan tenaga anda.

  Kekurangan Diffuser

  • Diffuser biasanya lebih mahal. Jika anda hendak menyebarkan manfaat minyak pati diudara anda patut gunakan diffuser yang tepat.
  • Sesetengah diffuser hadir dengan lampu LED yang tidak boleh dilaraskan. Kekurangan fungsi ini mungkin boleh menggangu tidur terutama anda yang biasa tidur dalam keadaan gelap. Kami galakkan anda dapatkan model yang anda boleh laraskan fungsi lampu.
  • Sesetengah diffuser mengeluarkan bunyi yang bising
  • Diffuser mempunyai tangki air yang lebih kecil dari humidifier.
  • Sebaiknya gunakan minyak pati bersama air suling untuk dapat kesan kesihatan yang lebih baik.

Semuanya bergantung pada keperlu anda. Anda boleh dapatkan diffuser yang berfungsi sebagai humidifier atau anda boleh dapatkan diffuser dan humidifier dalam unit yang berbeza. Kebanyakan trend sekarang orang lebih suka dapatkan diffuser serbaguna iaitu diffuser dan dalam masa yang sama ialah humidifier

 

Humidifier ni apa sebenarnya?

Humidifier ialah alat yang direka untuk menambah kelembapan dalam ruang yang ada.

Kelembapan di udara sangat diperlukan terutama dalam iklim yang kering juga ketika dalam keadaan apabila pemanas dipasang dalam musim luruh dan sejuk.

Udara kering boleh menyebabkan kulit kering, masalah bakteria dan virus juga menjadi penyebab anda susah tidur. Ramai memilih menggunakan humidifier untuk merawat simptom seperti  demam, selsema dan sinus.

Humidifier berbeza dengan diffuser minyak pati kerana humidifier hari ini tidak mampu menyokong campuran minyak pati. Hal ini kerana kebanyak humidifier dalam pasaran hari ini mempunyai komponan plastik. Minyak pati terutama bersifat yang sitrus boleh merosakkan komponan plastik dalam alat ini.

Minyak pati yang disebarkan melalui diffuser akan dipecahkan kepada molikul mikro untuk memudahkan anda hidu dan diserap dalam badan. Manakala humidifier tidak begitu. Ia hanya akan menyebarkan minyak ke udara tetapi tidak memecahkannya menjadi mikro halus.

Ada beberapa humidifier direka untuk fungsi humidifier dan diffuser dalam pasaran hari ini. Tetapi jika anda mahu menyebarkan minyak pati dalam udara, kami menggalkaan anda menggunakan diffuser yang sesuai digunakan bersama minyak pati.

Kebaikan Humidifier

  • Merawat udara yang kering dengan menambah kelembapan dalam udara melaui kabus hangat.
  • Kabus hangat dari humidifier memberi manfaat pada lapisan hidung dengan menambah kelembapan, melegakan masalah sinus, sakit tekak, batuk kering dan kulit kering.
  • Humidifier yang mengeluarkan kabus sejuk dan kabus hangat bantu mengurangkan dengkuran kerana memudahkan anda bernafas semasa tidur.
  • Tahap kelembapan yang sesuai mengelakkan perabot kayu retak dan kertas menjadi terlalu kering terutama bila dipasang pemanas pada musim sejuk.
  • Kedua-dua jenis humidifier sama ada kabus hangat atau kabus sejuk menggunakan air paip untuk berfungsi.

Kekurangan Humidifier

  • Humidifier perlu dipersihkan dan dijaga dengan baik untuk berfugsi dengan baik.
  • Ia tidak direka digunakan bersama minyak pati dan boleh rosak jika digunakan bersama.
  • Ia mengeluarkan bunyi yang bising.

 Diffuser vs Humidifier

Kita dah lihat kebaikan dan keburukan diffuser dan humidifier tetapi ada istilah diffuser yang mengelirukan. Jika anda masih baru dengan minyak pati, anda pasti tertanya-tanya sama ada diffuser dan humidifier ialah sama tetapi apa beza perbezaannya?

Kedua-dua alat ini mungkin nampak sama tetapi ada perbezaan yang ketara yang boleh memberi kesan kepada pilihan anda.

Saiz Tangki

Ada banyak jenis humidifier. Untuk menyelesaikan masalah yang boleh terjadi apabila udara terlalu kering, ia memerlukan tangki air yang lebih besar. Untuk meningkatkan kelembapan udara seluruh bilik, humidifier memerlukan tangki air yang besar. Biasanya ia mempunyai tangki yang mampu menampung 3 liter air dalam satu masa.

Sebaliknya, diffuser minyak pati hanya menampung 300-500ml air sahaja. Ada yang tidak menggunakan air langsung. Anda boleh memilih diffuser ultrasonik untuk menyebarkan kabus tetapi ia tetap tidak mengandungi air sebanyak humidifier.

Menggunakan Air

Diffuser mempunyai pelbagai jenis yang ada perbezaan cara guna dan keperluan. Bukan semua diffuser menggunakan air. Jika anda mahukan sifat penyembuhan maksimum dari minyak pati anda anda boleh memilih nebulizing diffuser. Diffuser jenis ini tidak menggunakan air.

Jika anda mahu pilihan yang lebih popular, seperti NANION dari NARINAR yang menggunakan diffuser ultrasonik.  Anda digalakkan guna air suling untuk kesan terbaik. Teknologi ultrasonik menghasilkan getaran ultrasonik melalui air yang akan diffuse minyak pati ke udara. Diffuser jenis ini memerlukan air suling untuk berfungsi untuk pastikan tiada penambahan mineral yang biasa berlaku jika anda mengguna air paip.

Mana Satu Kami Sarankan Anda Beli?

Jika keperluan utama anda ialah mengekalkan tahap kelembapan udara, kami cadangkan anda dapatkan penyukat kelembapan udara dan humidifier kerana kedua-dua alat ini direka khusus untuk menyelesaikan masalah anda.

Jika keperluan utama anda untuk menyebarkan minyak pati ke udara, kami sarankan anda dapakan NANION kerana ia direka untuk memenuhi keperluan anda sekeluarga.

 

Dapatkan Konsultasi PERCUMA dari Juruterapi NARINAR Set Aromatherapy Oils bersama NANION yang mana sesuai untuk kebaikan si comel atau seisi keluarga anda di SINI

Back to blog