13 Manfaat Pati Minyak Peppermint

13 Manfaat Pati Minyak Peppermint

Peppermint ialah tumbuhan yang sinonim dengan ubat gigi. Selain kesan yang menyegarkan pernafasan, terdapat banyak lagi manfaat peppermint yang perlu anda tahu.

13 manfaat peppermint yang anda patut tahu ialah

1. Selsema / sesak nafas

Menthol beri kelegaan yang efektif dari masalah berkaitan pernafasan termasuklah hidung tersumbat, sinus, asma, bronchitis, selsema biasa dan batuk.

Menthol biasanya terkandung dalam rawatan tradisional untuk melegakan sesak nafas.

2. Sakit kepala

Jika anda mudah diserang sakit kepala, minyak pappermint sangat baik jika ada di atas meja anda atau dalam dompet.

Kegunaan minyak ini sudah terbukti berkesan mengurangkan gejala seperti mual, muntah, sensetif terhadap bunyi dan sensetif pada cahaya.

3. Tekanan (stress)

Seperti pati minyak yang lain, pappermint mampu melegakan tekanan, kemurungan dan keletihan mental kesan dari kesegarannya yang semulajadi.

Ia juga berkesan untuk melegakan perasaan gemuruh dan resah.


4. Menurunkan suhu badan

Jika anda atau anak demam, sapukan minyak pappermint untuk turunkan suhu badan. Campurkan minyak papermint dengan minyak kelapa dan sapukan di pelipat lengan dan kaki.

Sapukan juga di pusat tempat pengumpul haba badan.


5. Ketidak hadaman

Satu daripada herba yang tertua dan terbukti berkesan untuk melegakan ketidak hadaman ialah peppermint. Minyak pappermint sangat membantu dalam penghadaman.

Hal ini kerana ia mempunyai sifat karminatif yang mampu mengeluarkan gas dari perut atau usus untuk melegakan kembung perut atau sakit perut.


6. Sakit Otot

Oleh kerana minyak peppermint mempunyai analgesik, anti-radang dan spasmodic, ia bukan hanya mengurangkan sakit dan keradangan tetapi boleh meredakan kekejangan yang menyebabkan otot kejang.

7. Terapi Sendi

Bila bayi anda sakit, sapukan pati minyak peppermint yang dicampur dengan minyak lavender. Ia akan menyejukkan otot seperti mandian ais dalam keadaan kekal kering.

8. Mengurangkan rasa lapar

Buat anda yang sudah lama bercita-cita mahu berdiet hidu bau minyak pati pappermint dalam-dalam boleh menghentikan keinginan mahu mengunyah dan boleh buat anda cepat rasa kenyang.

Jika anda tidak mempunyai difusser di rumah sewaktu makan malam, cuba sapukan beberapa titis minyak pati peppermint di dahu atau dada atau ambil bau dalam dalam dari botol minyak pati peppermint.


9. Peningkat tenaga semulajadi

Pernah rasa mengantuk ketika memandu pulang beraya? Untuk alternatif bebas toksik hinggalah minuman tenaga yang merbahaya, hidulah minyak pati peppermint.

Ia akan meningkatkan tenaga anda secara semula jadi sama ada di dalam perjalanan yang panjang ataupun di pejabat.

10. Menambah baik syampu mommies

Mommies mesti risau bila anak dah mula sekolah perkara yang paling mudah berjangkit selain selsema ialah kutu. Tambahkan 2-3 titik minyak pati pappermint di dalam syampu untuk menaggalkan kutu kerana ia punya kesan anti-septik yang sungguh berkuasa.

Ia juga dapat membantu menghilangkan kelimumur. Bersyampu di waktu pagi juga akan merangsang kulit kepala, mengaktifkan minda dan buat anda rasa lebih segar.


11. Melegakan alergy

Minyak peppermint sangat berkesan melegakan otot di saluran pernafasan. Ia akan membantu mngeluarkan mukus dan pollen semasa musim alergy. Larutkan peppermint bersama minyak cengkih dan minyak kayi putih dalam difusser untuk mengurangkan simptom alergy.

12. Sokongan ADHD

Cuba calitkan minyak peppermint ke baju anak sebelum waktu belajar atau calitkan di bawah hidungnya untuk meningkatkan tumpuan dan kepekaan semasa belajar.

Banyak kan manfaat peppermint yang boleh kita dapat. Herba di dapur pun banyak sangat manfaatnya.

Anak demam?

NARINAR FT kan ada.

Back to blog