Minyak Pati Memang Berkesan kah?

Minyak Pati Memang Berkesan kah?

Setiap pagi anda rasa segar lepas gosok gigi dengan ubat gigi berperisa mint. Sensasi sejuk dan segar dari peppermint buatkan badan anda rasa sejuk walaupun sebentar.

Ini mungkin pertama kali anda dengar tentang minyak pati. Ini juga mungkin artikal yang ke seribu anda baca tentang minyak pati. Anda masih belum yakin betul ke minyak pati berkesan?

Jawapannya YA! Peppermint salah satu contoh minyak mati ada kuasa yang sebenar, ia lebih berkesan jika digunakan bersama urutan ataupun hidu dalam-dalam.

Minyak pati dalam peradaban purba.

Berkurun lamanya, budaya seluruh dunia sudah bertukar pada minyak pati untuk mengekalkan kesihatan badan. Orang Mesir Purba, Roman, Farsi dan German guna minyak pati untuk tingkatkan rohani dan amalan keagamaan.

Mereka juga gunakan minyak pati sebagai rutin kecantikan selain perisa tambahan dalam makanan di samping penjagaan kesihatan keseluruhan.

Bagaimana minyak pati berkesan melalui sains.

Kandungan minyak pati.

Minyak pati peppermint misalnya mengandungi komponan seperti serat asetat menthol, menthone dan menthyl. Tanpa komponen tersebut peppermint tidak akan berkesan seperti peppermint yang sedia ada.

Sama seperti minyak pati. Setiap minyak pati mempunyai kandungan kombinasi yang tersendiri untuk pelbagai kegunaan.

 

Reseptor

Tanpa reseptor anda tidak dapat rasai kuasa sejuk terhasil dari peppermint. Reseptor ialah protin yang khusus berhubung dengan pelbagai jenis molikul untuk menyediakan komunikasi kimia dalam badan. Bila komposisi dalam minyak pati berhubung dengan reseptor, ia akan beri kesan khusus pada badan bergantung pada kandungan minyak dan cara anda gunakan minyak pati sama ada hidu atau sapuan pada kulit.

 

Sensori bau

Minyak pati paling beri kesan pada sensori bau. Mengikut kajian, sensori bau ialah sensori pertama yang terbangun pada manusia. Sensori bau atau digelar sensori olfactory digunakan untuk mengenal pasti bau, bahaya, pasangan, musuh dan banyak lagi pada hidupan.

Terdapat 100 million atau lebih reseptor dalam kawasan 2.5 sentimeter persegi! Patutlah bau sangat sensetif pada emosi, memori manusia kerana reseptor olfactory siap sedia hantar signal pada otak.

 

Adakah Minyak pati berkesan?

Sudah tentu jika anda gunakan dengan betul. Minyak pati mengandungi pelbagai kegunaan dan manfaat tapi hanya anda yang akan dapat manfaat maksimum jika anda gunakan dengan betul.

Setiap minyak datang dari tumbuhan yang berbeza. Ertinya ia mengandungi kandungan yang unik jadi kegunaannya juga berbeza.

 

Adakah minyak pati selamat?

Ya. Ia selamat digunakan jika anda tahu cara betul gunakan ia. Ada sesetengah minyak pati yang tidak boleh terus gunakan pada kulit. Anda perlu larutkan bersama minyak pembawa. Ada juga minyak pati yang boleh menyebabkan photosensitivity.

Jika anda tidak pati, tanya pada pakar.

Back to blog