Minyak pati vs Balm

Minyak pati vs Balm

Balm ialah bahan punya konsistensi antara pepejal dan cecair. Ia biasa digunakan sebagai medium membawa bahan lain. Misalnya minyak pati, pewarna dan bahan-bahan lain.

 Sifatnya yang lebih keras berbanding cecair menjadikannya pilihan dalam penghasilan minyak angin juga pelembab bibir. Tidak dinafikan bahawa ia juga mempunyai manfaat kesihatan.

Balm semulajadi berkesan dalam menurunkan kolestrol dan melegakan kesakitan. Ia juga digunakan untuk legakan bengkak, ulser, cirit-birit dan sedu.

Balm umumnya dihasilkan dari cairan lilin lebah. Campuran minyak pollen ke dalam lilin sarang lebah tukarkan ia dari lilin putih kepada warna kekuningan atau kecoklatan.

Dengan kemajuan teknologi, lilin lebah boleh dihasilkan dalam kilang sehingga menyerupai lilin lebah semulajadi. Bahan ini banyak dijadikan sebagai agen pengeras dalam kosmatik.

Secara umumnya lilin lebah selamat digunakan sebagai ubatan atau di sapu pada kulit. Namun tiada maklumat yang boleh dipercayai ianya selamat untuk ibu mengandung ataupun ibu yang sedang menyusukan bayi.

Jadi lebih selamat untuk anda yang sedang mengandung atau menyusu bayi elak dari menggunakan balm.

Lain halnya dengan minyak pati. Minyak pati terhasil dari proses penyulingan tumbuhan dan bunga yang menyebabkan lapisan minyak pati yang pekat terhasil di permukaan cecair.

Minyak pati mempunyai kesan teraputik mengikut bunga dan tumbuhan yang diketahui kaya dengan manfaat semulajadi. Misalnya serai wangi berkesan untuk menghalau nyamuk manaka aloe vera berkesan untuk melancarkan pencernaan.

Oleh kerana minyak pati terlalu pekat ia tidak boleh digunakan terus pada kulit apa lagi diminum. Ahli aromaterapi menyarankan anda mencapurkan minyak pati bersama minyak pembawa supaya lebih selamat digunakan pada kulit.

Dengan kekayaan maanfaat minyak pati, ada yang memilih untuk mencampurkan minyak pati dan lilin lebah.  Cara ini tidak salah tapi sudah jelas anda tidak akan dapat 100% manfaat minyak pati dalam balm atau lilin lebah.

Kandungan minyak pati yang pekat menyebabkan dalam 10g balm hanya mengandungi beberapa titis minyak pati sahaja. Sifat balm yang sukar menembusi lapisan kulit melambatkan lagi proses kesembuhan.

Jika anda mahu mendapatkan 100% manfaat minyak pati, sebaiknya anda gunakan bersama minyak pembawa. Nak lagi senang, gunakan sahaja formula minyak pati NARINAR yang terbukti selamat digunakan untuk anda dan si comel bawah 2 tahun.

Back to blog