NANION MAX: ALL EXTRA

NANION MAX: ALL EXTRA

Bagi sesetengah orang yang sangat menitik beratkan sesuatu pilihan yang dibuat sanggup melabur dengan  nilai yang lebih besar. Hal ini kerana untuk memastikan mereka mendapat sesuatu yang lebih premium dan berganda-ganda. Berada dalam bulan puasa, mari kita ambil konsep pemilihan makanan sebagai contoh, apabila melangkah ke restoran Macdonald, pastinya pemilihan makanan yang dibuat menitik beratkan saiz hidangan yang lebih ekstra. Pertama, berbaloi- baloi dengan harga yang dibayar. Kedua, sangat berpuas hati dengan kualiti makanan dan saiz hidangan. Ketiga, rasa puas kalau ambil set yang lebih besar untuk penuhi perut yang tengah lapar semasa bulan puasa.

Kenapa tiba- tiba bercerita mengenai konsep ekstra, premium, berganda- ganda dan saiz ? Sebabnya, kami di NARINAR sangat teruja untuk memperkenalkan sesuatu yang lebih premium dan pastinya lebih ekstra: LARGER, STRONGER, LONGER & BIGGER version iaitu NARINAR Nanion Max.

SPESIFIKASI NARINAR NANION MAX

Wah bestnya kalau ada seketul NARINAR Nanion Max di rumah. NARINAR Nanion Max mempunyai spesifikasi yang menarik. Antaranya ialah:

  • Tangki NARINAR Nanion Max yang lebih besar dengan cadangan penggunaan air 400ml. 
  • Material NARINAR Nanion Max berasaskan PP (Polypropylene), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (Polycarbonate). Ianya mudah dibersihkan dan selamat digunakan.
  • Dimensi Saiz: 168 x 218 mm
  • Terdapat pilihan Dual Mode untuk wap: 
  • Continuous Mode- 1 Jam (1H), 3 Jam (3H), 6 Jam (6H) dan 8-10 Jam (ON)
  • Intermittent Mode- Lebih 10 Jam (ON)
  • Terdapat 7 pilihan warna LED. Anda boleh pilih warna kegemaran anda dan nikmati tidur dengan lampu tidur yang cantik dan elegan.
  • Dua warna pilihan iaitu Light Wood dan Dark Wood

Nak tahu lebih lagi mengenai NARINAR Nanion Max, jom kita baca lagi info menarik di bawah.

 FUNGSI & KEISTIMEWAAN NARINAR NANION MAX

NARINAR Nanion Max didatangkan dengan fungsi dan keistimewaan yang lebih baik. Apakah fungsi dan keistimewaan NARINAR Nanion Max ? Mari kita cek satu per satu fungsi dan keistimewaan NARINAR Nanion Max. Antaranya ialah:

1. LARGER Area Covered.

NARINAR Nanion Max dapat menyebarkan manfaat NARINAR Essential Oil ke seluruh ruang rumah anda dengan penggunaan kawasan yang lebih luas berbanding NARINAR Ultrasonic Diffuser yang lain. Anda boleh letakkan Nanion Max di kawasan ruang tamu, bilik tidur dan ruang kerja anda seperti bilik mesyuarat dan ruang pejabat.

2. STRONGER Mist.

NARINAR Nanion Max didatangkan dengan pengeluaran wap yang lebih kuat berbanding NARINAR diffuser yang lain. Pengeluaran wap dengan ketinggian 50cm daripada tapak (base) NARINAR Nanion Max. Semestinya manfaat NARINAR Essential Oil dapat disebarkan dengan lebih cepat ke segenap ruang rumah anda.

3. LONGER Hours.

NARINAR Nanion Max didatangkan dengan kadar penggunaan operasi sehingga 10 jam mengikut pilihan mod anda. Anda dapat menggunakannya dengan waktu yang lebih lama.

4. BIGGER Capacity.

Kapasiti tangki air NARINAR Nanion Max dapat diisi dalam kadar maksimum dengan cadangan isi padu air 400ml. Kapasiti air yang lebih besar berbanding NARINAR Ultrasonic Diffuser yang lain. 

5. 7 LED Color.

NARINAR Nanion Max didatangkan dengan 7 pilihan warna LED yang sangat menarik. Pilih 7 warna kesukaan anda dan pasangkan sebagai lampu tidur ruang bilik anda. Ia juga boleh dijadikan sebagai lampu hiasan ruang tamu anda dengan rekaan Nanion Max yang sangat cantik dan elegan.

6. Seni reka bentuk yang elegan dan moden.

Rekaan bentuk NARINAR Nanion Max yang berkonsepkan alam semula jadi yang elegan dan moden. Sangat sesuai dijadikan barang hiasan untuk ruang rumah dan perabot anda. Pastinya menampakkan keunikan dalam dekorasi ruang rumah anda.

7. Pilihan warna rekaan yang menarik.

NARINAR Nanion Max didatangkan dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu Light Wood dan Dark Wood. Rekaan kayunya yang cantik dan menarik pastinya menambah seri kepada dekorasi ruang rumah anda.

8. Natural Insect Repellent.

Selain menyebarkan manfaat NARINAR Essential Oil, Nanion Max juga dapat dijadikan sebagai penghalau serangga perosak semula jadi. Lebih selamat dan fleksibel untuk digunakan bagi memastikan keluarga anda mendapat perlindungan yang lebih optimum. Gunakan NARINAR Essential Oil yang sesuai seperti NARINAR Ellgrie atau pilihan NARINAR Single Essential Oil yang lain.

9. Easy to Use.

Mudah untuk digunakan. Manual cara penggunaan NARINAR Nanion Max yang diberikan sangat mudah difahami. NARINAR Nanion Max sangat mudah dikendali dengan pilihan operasi wap dan pilihan lampu LED mengikut kesukaan anda.

10. 100 Days Warranty.

NARINAR Nanion Max juga mempunyai tempoh waranti selama 100 hari. Jangkaan masa waranti yang lama dapat memastikan kepuasan hati pelanggan kami.

Spesifikasi, fungsi dan keistimewaan yang berganda- ganda hanya dengan NARINAR Nanion Max. Gunakan NARINAR Nanion Max bersama dengan NARINAR Essential Oil pilihan anda. Terus tingkatkan kualiti hidup anda dengan NARINAR. Jimat dan selamat.

 

Boleh tekan butang dibawah untuk dapatkan Nanion Max sekarang !



Back to blog