NARINAR dan Urutan VItaflex

NARINAR dan Urutan VItaflex

Teknik urutan Vita Flex berasal dari Tibet beribu tahun sebelum akupuntur. Nama vitaflex bererti “kecergasan melalui reflex”. Teknik ini menerangkan bahawa setiap organ dalam badan kita mempunyai saraf yang berhubung dengan tapak tangan dan tapak kaki kita. Jadi terhasilah rajah vitaflex seperti yang kita guna pakai sehingga hari ini.

Cara melakukan teknik vitaflex sangat mudah. Anda perlu memberi sedikit tekanan pada sesetengah titik pada badan. Dengan tekanan pada titik yang tepat akan menghasilkan cas elektrik yang akan menyeimbangkan salur saraf dan melancarkan mana-mana bahagian yang tersumbat disebabkan oleh toksin dan tisu mati. Cara ini sangat efektif untuk orang dewasa, kanak-kanak dan bayi.

Vitaflex selalu digunakan bersama Essential Oils (minyak pati) yang mengandungi ciri-ciri elektromegnetik yang akan meningkatkan kesan penyembuhan pada terapi. Biasanya seorang juruterapi akan menyapu Essential Oils pada sesetengah titik di tangan atau kaki pelanggan. Kemudian dia akan melakukan gerakan gulungan dengan jari jemarinya untuk merangsang saraf.

Ruang pori yang lebih besar pada tapak kaki mampu menyerap Essential Oils dengan lebih mudah. Meskipun ia bermula dengan tapak kaki tapi kuasa penyembuhan akan dirasai ke seluruh badan kesan dari urutan vitaflex dan Essential Oils yang bergerak melalui saluran darah.

Ada 13 teknik Vitaflex yang mampu membersihkan kolon, sistem pernafasan dan sistem limfa juga sinus dan sistem pencernaan. Ada juga yang mengatakan ia boleh memperbaiki pendengaran juga postur dan masalah pergerakan.

Vitaflex mempunyai lebih 5000 titik reflex dalam sistem badan manusia merangkumi sistem dalaman termasuk minda dan emosi. Hubungi konsultan NARINAR untuk lebih info tentang teknik vitalex.

Back to blog