NARINAR GENTLE GLO CARRIER OIL

NARINAR GENTLE GLO CARRIER OIL


Essential Oil  atau dikenali sebagai minyak aromaterapi mempunyai kepekatan yang tinggi dan ianya diekstrak dengan menggunakan beberapa teknik untuk memastikan keaslian dan kualiti yang tinggi. Essential Oil secara asasnya sangat pekat dan jika Essential Oil diguna terus pada kulit, ia boleh menyebabkan iritasi yang teruk, kemerahan atau reaksi lain bagi sesetengah individu. Tetapi anda jangan bimbang, semestinya Essential Oil boleh digunakan secara teknik topikal. Jom teruskan membaca.

Carrier Oil atau sering disebut minyak pembawa digunakan untuk mencairkan atau melembutkan kepekatan Essential Oil bagi kegunaan topikal iaitu sapuan terus pada kulit. Carrier Oil secara asasnya merupakan minyak yang digunakan sebagai asas kepada penghasilan sesuatu produk tanpa melibatkan bahan kimia yang lain.
Senang cerita, untuk penghasilan produk skincare, lipcare atau bodycare secara homemade dan semulajadi, Carrier Oil ini akan digunakan sebagai bahan asas.

Terdapat pelbagai pilihan minyak tumbuhan yang anda boleh jadikan sebagai Carrier Oil. Antaranya ialah, Grapeseed Oil, Jojoba Oil, Olive Oil, Sunflower Oil, Argan Oil dan pelbagai lagi.

NARINAR GENTLE GLO CARRIER OIL

Bercerita mengenai Carrier Oil, NARINAR sendiri sangat teliti dan teruja untuk memastikan anda menggunakan Essential Oil  dengan selamat. NARINAR Gentle Glo Carrier Oil julung kali dikeluarkan khas untuk anda. Ia berasaskan bahan ekstrak semulajadi Grapeseed Oil dan Jojoba Oil. Teksturnya yang lembut, ringan dan dapat mengawal kelembapan pada kulit. Ia sangat mudah menyerap pada kulit, kulit akan sentiasa terhidrasi tanpa menyebabkan liang pori tersumbat. 

MANFAAT KESELURUHAN NARINAR GENTLE GLO CARRIER OIL

NARINAR Gentle Glo Carrier Oil mempunyai manfaat yang sangat bagus kerana kandungan Grapeseed Oil dan Jojoba Oil itu sendiri. Secara ringkasnya, kedua- dua adunan minyak ini mempunyai kandungan komponen aktif seperti Linoleic acid dan komponen lain yang baik untuk kesihatan kulit, rambut dan sebagainya. Antaranya ialah:

1. Manfaat teraputik apabila digunakan bersama Essential Oil pilihan

Manfaat teraputik yang dapat anda perolehi apabila digunakan bersama Essential Oil adalah menerusi teknik penggunaan topikal. Anda boleh campurkan Essential Oil pilihan anda bersama dengan NARINAR Gentle Glo Carrier Oil untuk tujuan urutan di bahagian badan dan kebaikan kulit. Urut lembut menggunakan teknik Vitafleks dan di kawasan yang diperlukan. Sebagai contoh Lavender Essential Oil berupaya memberi kebaikan kepada masalah kulit seperti luka kecil, ruam kulit, gatal kulit dan kerengsaan kulit. Ini disebabkan faktor manfaat teraputiknya iaitu anti-radang  atau anti-inflammatory dan anti-bacteria.

2. Membantu untuk melembapkan dan melembutkan kulit 

Grapeseed oil dan Jojoba oil yang terkandung dalam NARINAR Gentle Glo Carrier Oil bermanfaat untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Kebanyakan minyak lain meninggalkan kesan berminyak pada kulit, namun tidak untuk NARINAR Gentle Glo Carrier Oil. Teksturnya yang halus dan ringan sangat mudah diserap oleh kulit anda. 

3. Membantu untuk mengecutkan dan mengelakkan pertumbuhan jerawat

Komponen Linoleic acid yang berada dalam Grapeseed oil dan Jojoba oil berdasarkan ujian GCMS dalam NARINAR Gentle Glo Carrier Oil mempunyai sifat anti-radang  atau anti-inflammatory dan anti-bacteria yang mana berfungsi untuk mengecutkan dan mengelakkan pertumbuhan jerawat. Anda boleh gunakan bersama Lavender Essential Oil untuk kesan terbaik.

4. Terapi untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik

Cara terbaik untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik adalah dengan menggabungkan NARINAR Gentle Glo Carrier Oil bersama Essential Oil seperti Lavender yang berupaya bertindak sebagai perapi pada rambut. Seterusnya, aromanya yang sensasi dapat menjadikan rambut anda wangi dan segar sepanjang hari. Campurkan juga NARINAR Gentle Glo Carrier Oil bersama Peppermint Essential Oil pada rambut dan kulit kepala. Rambut dan kulit kepala anda akan segar dan sejuk. Ia juga untuk mengurangkan masalah kelemumur anda.

CARA PENGGUNAAN GENTLE GLO CARRIER OIL

NARINAR Gentle Glo Carrier Oil sangat mudah digunakan secara terus tanpa dicampurkan dengan bahan lain kerana kandungan bahannya yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Dan yng paling menarik, anda boleh mendapatkan manfaat yang lebih optimum dengan mencuba beberapa cara penggunaan di bawah:

1. Untuk mendapatkan rambut yang berkilat dan hitam, anda boleh jadikan sapuan NARINAR Gentle Glo Carrier Oil sebagai minyak rambut.

2. Untuk melembabkan kulit boleh dijadikan sebagai minyak urutan badan, gunakan bersama dengan Lavender Essential Oil atau Essential Oil pilihan anda. 

3. Sapuan pada bibir sebagai pengganti Lip Balm untuk mengelakkan bibir kering dan mengelupas.

4. Minyak rambut dan perapi. Solusi kepada masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala, campurkan NARINAR Gentle Glo Carrier Oil bersama Lavender Essential Oil.

5. DIY perapi rambut anda, campurkan NARINAR Gentle Glo Carrier Oil bersama Peppermint Essential Oil pada rambut dan kulit kepala. Rambut dan kulit kepala anda segar dan sejuk. Alternatif lain untuk mengurangkan masalah kelemumur.

Pasti anda sangat teruja mengetahui dengan memiliki satu botol NARINAR Gentle Glo Carrier Oil, sangatlah jimat kerana pelbagai fungsi dengan hanya satu botol.

 

Back to blog