NARINAR & USM JALIN KERJASAMA PENYELIDIKAN MINYAK PATI (ESSENTIAL OIL)

NARINAR & USM JALIN KERJASAMA PENYELIDIKAN MINYAK PATI (ESSENTIAL OIL)

USM PULAU PINANG, 11 November 2021 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama NARINAR Group Sdn. Bhd., syarikat tempatan pengeluar minyak pati (essential oil) semulajadi di Malaysia, bagi mengukuhkan jalinan kerjasama dalam bidang penyelidikan sifat antimikrobial minyak pati.

 

Kerjasama antara Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM dengan NARINAR ini melibatkan penyelidikan makmal bagi mengkaji aktiviti mikrobial di dalam minyak pati semulajadi, sekaligus menghasilkan minyak pati yang berkualiti untuk pasaran tempatan mahupun luar negara.

 

"Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM sedia membantu dalam aspek penyelidikan, yang mana kajian ini melibatkan pelbagai jenis bakteria yang terdapat dalam koleksi bakteria Pusat Pengajian Sains Kajihayat" jelas Abdul Rahman. Tambah beliau, perjanjian penyelidikan ini juga akan membantu kedua-dua pihak dalam mengeksploitasi kelebihan minyak pati tumbuhan dan memberi gambaran sebenar sifat antimikrobial minyak pati ini kepada pengguna,” tambah beliau.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NARINAR Group Sdn. Bhd, Mohd Nawawi Ibrahim berkata, sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kualiti pengguna, NARINAR yakin USM mampu menghasilkan penyelidikan yang berkualiti berdasarkan statusnya sebagai universiti utama negara dalam bidang penyelidikan.

 

“Misi NARINAR adalah untuk menyediakan produk-produk berasaskan ekstrak pati tumbuhan untuk kebaikan seisi keluarga pada harga mampu milik, dan dengan kerjasama strategik serta sokongan kajian-kajian saintifik dari tenaga pakar USM ini, ia akan memudahkan lagi penghasilan produk yang berkualiti tinggi buat negara selepas ini,” katanya. Mohd Nawawi turut menambah, gabungan industri dengan universiti penyelidikan amat memberi impak dari segi fungsi dan kebaikan terutama kepada pengguna.

 

KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi kampus kesihatannya di Kubang Kerian di sini, berkongsi kepakaran kemajuan teknologi perubatan khususnya memberi rawatan kepada pesakit yang mengalami sakit tulang belakang melalui penggunaan minyak pati.

Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Shaharum Shamsuddin, berkata langkah itu membolehkan lebih banyak peluang usaha sama serta perkongsian kepakaran dengan swasta yang bukan sahaja mencakupi pembangunan dalam bidang akademik, malah penyelidikan. Untuk tujuan itu, satu memorandum geran penyelidikan dimeterai di antara USM dan Narinar Group Sdn Bhd (Narinar) yang berkuat kuasa selama dua tahun bermula Jun ini berkaitan penyelidikan dan pembangunan minyak pati untuk rawatan pesakit tulang belakang berbanding hanya minyak 'methyl salicylate'.

 

"Kajian yang dijalankan ini juga bagi membuktikan keberkesanan bahan digunakan dalam minyak pati berkenaan yang bukan sahaja mampu dipasarkan, sebaliknya dapat menyelesaikan masalah kesihatan. "Saya yakin dengan kerjasama yang dimeterai ini, ia akan membuka peluang yang lebih luas terutama bagi penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Perubatan terutamanya bagi meneroka bidang penyelidikan seiring dengan cabaran Revolusi Industri 4.0," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum berkenaan di Jabatan Ortopedik Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM, di sini.

 

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/06/966498/usm-narinar-jalin-kerjasama-kaji-manfaat-minyak-pati

https://news.usm.my/index.php/keratan-akhbar/7903-usm-narinar-manfaat-minyak-pati

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/7422-usm-narinar-kukuhkan-kerjasama-dalam-bidang-penyelidikan-minyak-pati-semulajadi

https://www.kk.usm.my/index.php/news-media/1541-usm-dan-narinar-group-meterai-perjanjian-geran-penyelidikan-kongsi-kepakaran-dalam-kemajuan-teknologi-perubatan

Back to blog