NARINAR VS Titisan hidung Saline

NARINAR VS Titisan hidung Saline

 

NARINAR ialah pengeluar essential oils (minyak pati) pertama di Malaysia yang disahkan HALAL oleh Halvac, JAKIM. Minyak pati di NARINAR telah di adun dengan minyak pembawa dan beberapa minyak pati lain untuk melegakan masalah yang dihadapi dengan cepat dan berkesan.

Contohnya NARINAR Frankie telah di adun dengan minyak pati Frankincense, lavender, lemon dan peppermint. Campuran ini sangat berkesan melegakan sistem pernafasan. Hidung yang tersumbat kerana hingus yang tersekat juga mudah dicairkan.

Dalam pada masa yang sama, jika digunakan secara berterusan, frankincense dalam NARINAR Frankie ini akan menguatkan imun badan. Cara penggunaannya pula cukup mudah. Anda yang perlu gunakan 2-3 titik minyak pati dalam satu masa dan sapu mengikut cara yang diajarkan.

Kegunaan luaran dengan teknik urutan yang terbukti berkesan menjadikan masa dengan si manja lebih berkualiti. Sentuhan kulit ke kulit dan aroma yang mampu menenangkan jiwa menjadikan masa ekslusive itu sebagai rutin harian anda dan si manja.

Anda juga boleh menitiskan minyak pati NARINAR ke dalam Nanion diffuser ultrasonik. Rawatan aroma yang juga dikenali sebagai aromatherapy itu diperoleh dari rembesan partikal mikro minyak pati bersama wap air yang disebarkan oleh Nanion.

Penggunaan yang cukup mudah, wangi dan berkesan boleh didapati dengan NARINAR.

Sementara itu titisan atau sesetengahnya spray hidung Saline berkesan untuk melegakan hidung yang tersumbat. Saline akan menyebabkan saluran daran dalam hidung mengecut dan larutkan mukus dan kurangkan bengkak pada kawasan sinus.

Sesetengah titisan hidung ada mengandungi bahan aktif seperti steroids, untuk mengurangkan gejala yang berkaitan dengan polip hidung.

Ramai doktor menyarankan titisan hidung saline untuk melegakan hidung yang tersumbat pada bayi. Pastikan tangan anda dicuci terlebih dulu sebelum pegang bayi dan melakukan proses ini.


Kesan sampingan Titisan Hidung Saline.

Bagi elak kesan sampingan yang biasa dihadapi, pastikan anda basuh bersih tangan anda. Elak dari berkongsi titisan hidung antara anak-anak lain. Ini boleh jadi punca tersebarnya infeksi.

Kesan sampingan termasuklah hidung berair, bersin, rasa pedih, rasa menyucuk atau rongga hidung yang terlalu kering. Segara jumpa doktor jika anak anda mengadu sakit seperti tanda-tanda di atas.

Bawa jumpa doktor jug ajika anak anda mengalami pening kepala, kesukaran bernafas, degupan jantung yang tak stabil, mual, rasa lemah, berpeluh, kesukaran bernafas, ruam dan tanda gatal atau bengkak.

Sekarang terpulang pada anda sama ada nak gunakan NARINAR atau titis hidung Saline yang mungkin bawa kepada masalah lain pula.

 

Back to blog