NIKMATI AROMA "THE KING OF OILS" FRANKINCENSE ESSENTIAL OIL

NIKMATI AROMA "THE KING OF OILS" FRANKINCENSE ESSENTIAL OIL

 

Jurnal bertajuk Aromatic Plant Species Mentioned in the Holy Qura’n and Ahadith and Their Ethnomedicinal Importance dalam Pakistan Journal of Nutrition merekodkan dalam kajiannya terdapat 15 spesis tumbuhan beraroma yang mempunyai manfaat dan keistimewaan tersendiri telah direkodkan dalam Hadis dan Al-Quran, salah satunya merupakan tumbuhan spesis daripada Boswellia iaitu Frankincense atau sering disebut sebagai Gam Arab.

Pengkaji dalam jurnal ni juga membuka 1001 keterujaan kepada pembaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Frankincense dan juga spesis tumbuhan lain yang dibincangkan. Saranan dalam Al-Quran dan Hadis bukanlah setakat rujukan bertulis semata-mata pada zaman moden ini. Malahan ianya adalah tanda kasih sayang dan sunnah Rasulullah untuk umatnya mengamalkan sunnah tersebut untuk kebaikan kehidupan yang lebih berkualiti dan holistik. 

Seterusnya, petikan hadis yang dikongsikan dalam jurnal ini juga membuka minda bahawa Frankincense mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk menguatkan daya ingatan. Rasulullah juga memberi saranan untuk mewangikan rumah dengan aroma Frankincense dan Thyme. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Frankincense ini, mari teruskan pembacaan anda.

 

 SEJARAH FRANKINCENSE

Frankincense atau Olibanum mempunyai nama asalnya “franc encens,” yang bermaksud kemenyan yang berkualiti di Perancis. Nama lain juga disebut sebagai gam arab, kemenyan arab, luban, kundur dan pelbagai lagi. Frankincense dikatakan mempunyai lebih kurang 19-40 spesies dan banyak ditanam di sekitar Semenanjung Arab, Afrika, Oman, Somalia, Ethiopia dan India. Negara- negara ini menjadikan Frankincense sebagai ekonomi utama. Antara spesies Frankincense yang banyak dijadikan sebagai produk  antaranya ialah  Boswellia sacra, Boswellia carterii, Boswellia serrata, Boswellia papyrifera dan Boswellia neglecta.

Mengikut sejarah dahulu, Frankincense dibakar sebagai kemenyan dan selalu digunakan sebagai ritual keagamaan dan budaya kerana aromanya yang menenangkan. Seterusnya, Frankincense banyak digunakan sebagai ubat kerana kandungan terapeutik anti-arthritic, antiseptic dan anti-inflammatory mampu meredakan kesakitan. Selain itu, Frankincense dijadikan sebagai minyak wangi, losyen, krim, sabun pencuci dan perasa dalam makanan.

KEISTIMEWAAN FRANKINCENSE ESSENTIAL OIL

Sempena menyambut bulan kemerdekaan tahun ini, kami di NARINAR sangat teruja untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada semua NARINAR lovers. Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentu dengan kemunculan Single Essential Oil terbaru kami iaitu Frankincense Essential Oil. NARINAR Frankincense Essential Oil diekstrak dengan menggunakan teknik steam distillation daripada bahagian resin atau damar. Aromanya yang lebih kepada aroma semula jadi bumi iaitu aroma kayu, lembut, manis dan juga sedikit spicy menjadikan ia antara aroma essential oil yang wajib dimiliki.

Frankincense Essential Oil ini selayaknya digelar sebagai “The King of Oils” kerana manfaatnya yang seimbang berdasarkan kebaikan terapeutik komponen aktif utamanya iaitu Monoterpenes seperti a-pinene, limonene dan a-thujene. Antara keistimewaan Frankincense Essential Oil ini ialah:

1. Membantu menenangkan tekanan, memberi tumpuan minda dan dapat memperdalam meditasi

Frankincense Essential Oil membantu melegakan perasaan kebimbangan dan kemurungan kerana diketahui mempunyai ciri-ciri terapeutiknya yang bersifat anxiolytic dan sedatif. Frankincense Essential Oil memberi kesan yang menenangkan dengan memberi signal kepada otak untuk mengurangkan kebimbangan, tekanan dan ketegangan yang dialami seterusnya membantu meningkatkan semangat dan mendorong peningkatan perasaan positif dalam diri anda.

Mengikut sejarah dahulu, Frankincense dibakar sebagai kemenyan dan selalu digunakan sebagai ritual keagamaan dan budaya kerana aromanya yang menenangkan. Penggunaan Frankincense Essential Oil pada zaman era baru ini lebih cepat, mudah dan selamat digunakan. Ianya sangat membantu minda agar emosi dan fikiran anda lebih tertumpu pada sesuatu aktiviti yang dilakukan.

Frankincense Essential Oil juga membantu anda dalam memperdalam meditasi. Meditasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud menumpukan sepenuh fikiran (emosi) terhadap sesuatu dengan mendalam atau perbuatan bertafakur. Sememangnya aromanya yang unik dan menenangkan sangat digemari ramai penggemar aromaterapi.

 

2. Menyokong sistem ketahanan tubuh badan

Fungsi terapeutik dalam komponen aktif pinene, limonene dan thujene bertindak sebagai immunomodulatory, anti-bacteria dan antioxidant. Kandungan komponen aktif ini membantu memberi sokongan kepada sistem ketahanan tubuh badan.

Aroma Frankincense Essential Oil dapat menstabilkan emosi dan membuatkan diri lebih positif, secara tidak langsung menaikkan sistem imunisasi badan dengan penghasilan hormon yang baik dan sifat antioxidasinya yang tinggi dalam melawan penyakit terutamanya daripada menyerang sistem pernafasan manusia.

3. Membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik

Frankincense Essential Oil juga bagus untuk memperbaiki tona kulit agar menjadi lebih sekata. Hal ini, menjadikan kulit anda lebih cantik dan mengelakkan kulit wajah daripada menjadi kusam. Kebanyakan produk kosmetik yang berada di pasaran menggunakan Frankincense sebagai bahan asas kerana manfaatnya yang sangat baik pada kulit. 

Frankincense Essential Oil juga berupaya untuk mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi pada kulit anda akibat luka atau masalah kegatalan kulit kerana sifat anti radangnya. Cairkan Frankincense Essential Oil bersama NARINAR Gentle Glo Carrier Oil untuk penggunaan yang selamat pada kulit. Buatlah pilihan yang bijak dengan meninggalkan produk berasaskan paraben dan bahan kimia sintetik yang berbahaya untuk kulit anda.

4. Melegakan ketidakselesaan pernafasan dengan aroma yang menyegarkan

Aroma wangian Frankincense Essential Oil membantu anda dalam masalah kesukaran untuk bernafas yang disebabkan oleh selesema dan faktor keradangan dialami oleh ramai orang. Boswellia acid yang terkandung dalam Frankincense Essential Oil mempunyai sifat anti-asthmatic yang berupaya untuk meredakan kesukaran untuk bernafas.

Seterusnya, Frankincense berupaya untuk mencairkan mukus dan melonggarkan kahak. Gunakan teknik tepukan percussion/cupping dengan betul dan selamat.

5. Merangsang daya memori dan kreativiti

Frankincense Essential Oil mempunyai sifat terapeutik clastogenic yang dipercayai untuk meningkatkan daya pembelajaran, memori, pencapaian dan mengasah kemahiran kognitif. Mengikut rakaman sejarah, kaum cina dan india menggalakkan kaum wanitanya yang mengandung untuk menggunakan Frankincense sebagai ubat tradisional bagi merangsang kebijaksanaan anak kecil bermula daripada dalam kandungan perut lagi.

6. Pewangi aromatik semula jadi untuk ruang kediaman dan ruang kerja

Bau aromatik Frankincense Essential Oil yang nyaman, eksklusif dan sangat semula jadi dapat mencipta suasana yang tenang dan mendamaikan. Aromanya yang mempunyai unsur kayu dapat membuatkan anda lebih hampir dengan alam semula jadi. Base note yang menjadikan aromanya tersebar lebih lama dan sangat bermanfaat untuk sistem pernafasan anda berfungsi dengan lebih baik.

CARA PENGGUNAAN FRANKINCENSE ESSENTIAL OIL

1. Gunakan Frankincense Essential Oil dalam NARINAR ultrasonic diffuser. Titik 4-5 titis di dalam diffuser berkapasiti 220ml. Untuk kapasiti diffuser berbeza, boleh pelbagaikan kiraan titisan.

2. Campurkan Frankincense Essential Oil dalam NARINAR Gentle Glo Carrier Oil untuk tujuan urutan di bahagian badan dan kebaikan kulit. Kegunaan kanak-kanak, 5-6 titik Frankincense Essential Oil di dalam 30ml Carrier Oil. Kegunaan dewasa, 10-12 titik Frankincense Essential Oil di dalam 30ml Carrier Oil.

3. Gunakan Frankincense Essential Oil dengan teknik Deep-Inhale. Titikkan 1 titis Frankincense Essential Oil di tapak tangan. Gosok kedua tapak tangan, tekup di hidung dan tarik nafas untuk nikmati aroma yang segar.

4. Sapukan Frankincense Essential Oil di kawasan titik nadi (pulse points), iaitu di bahagian dalam pergelangan tangan, dan belakang telinga. Juga di kawasan tepi kepala (temple), dan atas ubun ubun (crown).

5. DIY Frankincense Essential Oil untuk kegunaan harian anda

  • DIY pillow mist dengan mencampurkan 2-3 titis Frankincense Essential Oil dalam botol 30ml semburan air. Semburkan pillow mist pada bantal untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Tempoh penggunaan maksimum untuk 2 minggu. Selepas itu harus dibuang.
  • Campurkan 2-3 titis Frankincense Essential Oil dalam 30 gram losyen muka untuk kebaikan kulit.
  • DIY face mist dengan mencampurkan 1-2 titis Frankincense Essential Oil dalam 30ml botol semburan air. Semburkan face mist kepada kulit wajah untuk kesihatan kulit. Tempoh penggunaan maksimum untuk 2 minggu. Selepas itu harus dibuang.
  • Titikkan 5-10 titis Frankincense Esential Oil di dalam 1 besen atau baldi air mandian untuk mendapat kesegaran dan ketenangan.

Earthy, Woody dan Rich. Sememangnya, Frankincense Essential Oil ini dapat mencipta "grounding experience" dengan aromanya yang fresh dan lembut. Hadiah terbaik daripada kami di NARINAR untuk anda. Staying healthy is our goal !

 

Rujukan:

Phytochemistry and Potential Therapeutic Activity of Boswellic Acids: A Mini Review (Iram, Khan & Husain, 2017)

https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2221169117304914

 Population Status and Resin Quality of Frankincense Boswellic Neglecta (Burseraceae) Growing In South Omo, Southwestern Ethiopia (Hido, Tolera, Lemma & Evangelista, 2020)

https://www.researchgate.net/publication/338962288_Population_Status_and_Resin_Quality_of_Frankincense_Boswellia_neglecta_Burseraceae_Growing_in_South_Omo_Southwestern_Ethiopia

Biocide Value Characterization of Essential Oil from Boswellia Neglecta S. Against Pathogenic Termite, Cockcroach, Ticks, E.Coli, S.Aureus (Fanta, Ede & Dekabo, 2013)

https://www.researchgate.net/publication/316028195_Biocide_Value_Characterization_of_Essential_Oil_from_Boswellia_neglecta_S_against_Pathogenic_Termite_Cockroach_Ticks_Escherichia_coli_and_Staphylococcus_aureus

 Terepenoids of Boswellia Neglecta Oleo-Gum Resin (Manguro, Wagai & Onyango, 2016)

https://www.researchgate.net/publication/305785704_Terpenoids_of_Boswellia_neglecta_oleo-gum_resin

Therapeutic Potential of a- And B- pinene: A Miracle Gift of Nature (Salehi, Upadhyay, Orahan & Jugran, 2019)

https://www.mdpi.com/2218-273X/9/11/738



Back to blog