Nikmati aroma “The King Of Oils” Frankincense Essential Oil Terbaru

Nikmati aroma “The King Of Oils” Frankincense Essential Oil Terbaru

Jurnal bertajuk Aromatic Plant Species Mentioned in the Holy Qura’n and Ahadith and Their Ethnomedicinal Importance dalam Pakistan Journal of Nutrition merekodkan dalam kajiannya terdapat 15 spesis tumbuhan beraroma yang mempunyai manfaat dan keistimewaan tersendiri telah direkodkan dalam Hadis dan Al-Quran, salah satunya merupakan tumbuhan spesis daripada Boswellia iaitu Frankincense atau sering disebut sebagai Gam Arab.

Pengkaji dalam jurnal ni juga membuka 1001 keterujaan kepada pembaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Frankincense dan juga spesis tumbuhan lain yang dibincangkan. Saranan dalam Al-Quran dan Hadis bukanlah setakat rujukan bertulis semata-mata pada zaman moden ini. Malahan ianya adalah tanda kasih sayang dan sunnah Rasulullah untuk umatnya mengamalkan sunnah tersebut untuk kebaikan kehidupan yang lebih berkualiti dan holistik. 

Seterusnya, petikan hadis yang dikongsikan dalam jurnal ini juga membuka minda bahawa Frankincense mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk menguatkan daya ingatan. Rasulullah juga memberi saranan untuk mewangikan rumah dengan aroma Frankincense dan Thyme. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Frankincense ini, mari teruskan pembacaan anda.

 

 

SEJARAH FRANKINCENSE

Frankincense atau Olibanum mempunyai nama asalnya “franc encens,” yang bermaksud kemenyan yang berkualiti di Perancis. Nama lain juga disebut sebagai gam arab, kemenyan arab, luban, kundur dan pelbagai lagi. Frankincense dikatakan mempunyai lebih kurang 19-40 spesies dan banyak ditanam di sekitar Semenanjung Arab, Afrika, Oman, Somalia, Ethiopia dan India. Negara- negara ini menjadikan Frankincense sebagai ekonomi utama. Antara spesies Frankincense yang banyak dijadikan sebagai produk  antaranya ialah  Boswellia sacra, Boswellia carterii, Boswellia serrata, Boswellia papyrifera dan Boswellia neglecta.

Mengikut sejarah dahulu, Frankincense dibakar sebagai kemenyan dan selalu digunakan sebagai ritual keagamaan dan budaya kerana aromanya yang menenangkan. Seterusnya, Frankincense banyak digunakan sebagai ubat kerana kandungan terapeutik anti-arthritic, antiseptic dan anti-inflammatory mampu meredakan kesakitan. Selain itu, Frankincense dijadikan sebagai minyak wangi, losyen, krim, sabun pencuci dan perasa dalam makanan.

 

 

KEISTIMEWAAN FRANKINCENSE ESSENTIAL OIL

Sempena menyambut bulan kemerdekaan tahun ini, kami di NARINAR sangat teruja untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada semua NARINAR lovers. Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentu dengan kemunculan Single Essential Oil terbaru kami iaitu Frankincense Essential Oil. NARINAR Frankincense Essential Oil diekstrak dengan menggunakan teknik steam distillation daripada bahagian resin atau damar. Aromanya yang lebih kepada aroma semula jadi bumi iaitu aroma kayu, lembut, manis dan juga sedikit spicy menjadikan ia antara aroma essential oil yang wajib dimiliki.

Frankincense Essential Oil ini selayaknya digelar sebagai “The King of Oils” kerana manfaatnya yang seimbang berdasarkan kebaikan terapeutik komponen aktif utamanya iaitu Monoterpenes seperti a-pinene, limonene dan a-thujene.

 

 

 

Berapa nak kena Labur untuk dapatkan kebaikan KING OF OILS ni? 

Sempena pelancaran Pure Essential Oil FRANKINCENSE ini, NARINAR seperti biasa beri lebih penjimatan pada semua orang untuk dapat rasai sendiri pengalaman mengunakan King of Oil ini. 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana nak dapatkan KING OF OILS ni segera? 

Hubungi 6000 NARINAR SQUAD & MEMBERS di seluruh negara sekarang! 

Join kami di TELEGRAM untuk tidak terlepas peluang dapat lebih ilmu tentang Essential Oils, Aromaterapi dan juga promosi penjimatan. 

 

Klik button di bawah untuk Join Telegram Channel Rasmi NARINAR!

 

 

 

 

Back to blog