Panduan Pengguna Minyak Pati dalam Aromaterapi

Panduan Pengguna Minyak Pati dalam Aromaterapi

Hari ini ramai orang tahu tentang minyak pati. Kadang-kadang ada yang masih keliru dengan minyak aroma juga. Ada juga yang tidak tahu minyak pati bukan sahaja untuk bau-bau wangi je. Ia ada  ‘kuasa’ yang lebih dari itu.

Apa itu aromaterapi?

Aromaterapi ialah amalan yang menggunakan minyak pati sama ada secara sapuan atau aromatik untuk kesihatan. Minyak pati sangat tinggi konsentrasi. Ia dihasilkan melalui minyak semula jadi dari tumbuhan seperti bunga, pokok, akar dan bijian.

Aroma dari minyak pati akan sasarkan reseptor bau dalam hidung lalu hantar informasi pada otak melalui sistem saraf. Begitulah minyak pati beri kesan pada minda, badan dan emosi anda.

Apabila anda cuba dapatkan manfaat aromaterapi, gunakan minyak pati yang asli dan berkualiti tinggi. Anda mestilah dapat manfaat dari setiap titis minyak pati semasa amalam aromaterapi. Jadi jangan malu bertanya!

Bagaimana guna minyak pati untuk aromaterapi?

Istilah aromaterapi sudah beri anda gambaran cara menggunakannya. Tentulah melalui aroma. Sama ada anda hidu dalam-dalam bau minyak pati atau gunakan bantuan Nanion iaitu diffuser ultrasonic dari NARINAR.

Partikal mikro yang terhembus dari Nanion akan sebarkan minyak pati Sidrie bersama wap air ke udara ruang anda yang memudahkan anda tidur dengan lena hingga pagi.

Apabila anda travel tanpa Nanion, anda juga boleh dapat manfaat dari minyak pati. Sapukan NARINAR Frankie pangkal hidung bila anda mula bersin dan hidung mula berair atau anda boleh sapukan NARINAR Ellgrie arah jam bila perut mula tidak selesa.

Apa manfaat aromaterapi? 

Banyak manfaat yang anda akan dapat bergantung minyak pati yang anda guna. Anda boleh guna untuk dapatkan tidur yang lena di waktu malam, buat kerja dengan penuh semangat atau legakan selsema tanpa ubat yang buat anda mengantuk!

Anda tahu minyak pati ialah cara terbaik untuk legakan selsema bayi dan kanak-kanak bawah 2 tahun!

Anda sudah bersedia dapat manfaat minyak pati untuk bayi melalui aromaterapi? Dapatkan ebook yang bernilai RM79 secara percuma.

 

Back to blog