Tak ada istilah terlambat untuk mula terapi urutan si manja kerana bayi sudah mula dapat sentuhan sejak dari kandungan lagi. Mommy boleh mulakan terapi urutan sejak di awal usia si manja lagi.
Bila nak mulakan urutan terapi?
Apabila bayi berumur 6 bulan ke bawah, mommy digalakkan melakukan urutan setiap hari. Namun bila bayi mula merangkak dan berjalan, mommy boleh kurangkan sesi urutan kepada seminggu sekali.
Bila waktu terbaik untuk urutan terapi bayi?
Bila-bila masa pun boleh asalkan mommy dan bayi rasa sudah bersedia. Cuba bereksperimen cari waktu yang sesuai untuk bayi dan mommy.
Biasanya waktu pagi selepas mandi ialah waktu yang baik untuk lakukan urutan terapi. Waktu ini biasanya mommy dan bayi sudah bersedia untuk mulakan hari yang ceria.
Tetapi ada juga kebaikan urutan di waktu tengahari dan petang. Pada sesetengah bayi, urutan sebelum tidur sungguh baik untuk melepaskan tenaga yang ada supaya bayi tidur dengan lena.
Untuk sesetengah bayi stimulasi berlebihan sebelum tidur membuat mereka menjadi lebih aktif. Untuk bayi yang begini, urutan selepas tidur lebih sesuai.
Berapa suhu yang terbaik untuk urutan terapi bayi?
Mengikut kajian, bayi yang berada dalam suhu yang suam akan tidur lebih lama dan kurang manangis berbanding bayi yang berada dalam persekitaran sejuk.
Perkembangan fizikal dan spiritual bayi juga akan terbentuk dengan teratur dalam suhu persekitaran yang suam.
Jika bilik mommies panas sehingga buat mommy berpeluh, pasangkan penghawa dingin. Tutup punca haba seperti tingkap dengan langsir tebal. Suhu bilik sepatutnya yang membolehkan mommy pakai pakaian yang nipis.
Bunyi?
Elakkan bunyi yang bising seperti suara tv dan bunyi orang berborak. Bunyi adik beradik bermain pun sebaiknya elakkan. Sebaiknya persekitaran yang sunyi.
Supaya mommy dan bayi dapat beri tumpuan antara satu sama lain. Biar waktu itu khusus untuk bayi dan mommy sahaja.
Apa keperluan untuk urutan terapi bayi?
Selepas memastikan suhu bilik yang suam, pastikan mommy basuh tangan. Tanggalkan segala barang kemas di jari dan tangan. Rehatkan badan dan tenangkan fikiran. Pakai pakaian yang selesa untuk mommies bergerak dan cukup selesa untuk suhu bilik.
Sediakan minyak urutan. Minyak urutan mestilah diperbuat dari bahan semulajadi dan biasanya minyak sayuran sangat baik untuk kulit bayi. Minyak sayuran yang boleh mommy guna ialah, minyak almond, minyak kelapa, minyak mustard dan minyak biji aprikot.
Berapa banyak tekanan diperlukan?
Mengurut bayi tidak seperti mengurut orang dewasa. Urutan bayi tidak memerlukan tekanan yang agrasif. Ianya sebuah urutan yang firm, lembut dan komunikasi yang menenangkan.Pada permulaan, bila bayi mommy kecil buat urutan yang perlahan dan lembut. Bila bayi membesar dan semakin kuat, boleh tingkatkan tekanan. Jangan takut pegang bayi secara firm. Ia sebuah komunikasi yang menunjukkan kekuatan, kasih sayang dan keyakinan.
Sekarang, mommies pasti boleh mula buat terapi urutan bayi.
Anak demam?
Narinar FT kan ada