Sukar nak percama bayi yang comel sebenarnya ‘sungguh merbahaya’. Kuku bayi tumbuh sangat cepat. Mesti anda rasa baru je potong kuku bayi tapi dan panjang kembali kan? Bagaimana potong kuku bayi dengan selamat?
Kuku bayi baru lahir biasanya lembut, flexible dan tajam. Ertinya bayi akan mudah tercakar mukanya sendiri dan mungkin anda juga salah seorang maksanya. Jadi, sangat penting anda pastikan kuku bayi sentiasa pendek dan bersih.
Masa terbaik potong kuku bayi ialah semasa bayi sedang tidur nyenyak. Selain itu, masa terbaik potong kuku bayi ialah selepas mandi kerana waktu inilah kuku bayi dalam keadaan paling lembut.
Pastikan anda mempunyai pencahayaan yang cukup untul lihat apa yang sedang anda lakukan. Gunakan pemotong kuku bayi yang direka khusus untuk jari sekecil bayi.
Potong kuku jari ikut cari secara melengkung. Potong kuku jari kaki secara lurus melintang. Kemudian, ratakan permukaan yang kasar dengan pengikis kuku (emery board).
Jika anda mahu potong kuku bayi semasa ia jaga, minta pertolongan pasangan untuk pegang bayi dari bergerak semasa anda memotong kukunya. Anda boleh juga lekakan bayi dengan permainan sementara anda memotong kukunya.
Sesetengah ibubapa gigit kuku bayi untuk memendekkannya. Namun, cara ini boleh menyebabkan kuman dan bakteria dari mulut berpindah ke mana-mana luka kecil yang bayi mungkin ada di jarinya. Anda juga tidak boleh lihat dengan jelas di mana anda gigit kerana kuku bayi terlalu lembut dan kecil berbanding gigi anda.
Bagaimana menghentikan pendarahan jika terpotong hujung jari?
Jika anda terpotong hujung jari bayi sehingga menyebabkan darah, jangan panic. Ini perkara biasa untuk anda yang pertama kali memotong kuku bayi. Bilas luka dengan air sejuk. Kemudian balut tisu di sekeliling jari bayi dan tekan dengan sedikit tekanan. Biasanya darah akan berhenti dalam beberapa minit.
Jangan balut jari badengan bandage. Ianya sunggu bahaya jika bayi tertelan bandage bila dia masukkan jari ke dalam mulut yang boleh menyebabkan tercekik.