Apa itu ekzema? Ekzema merupakan sejenis siptom atau penyakit atopi iaitu penyakit yang diwarisi oleh keluarga. Ekzema membawa gejala atau tanda-tanda seperti keradangan kulit yang menyebabkan kegatalan pada kulit. Kulit akan menjadi kering dan berwarna kemerah-merahan jika terkena jangkitan ekzema. Ekzema ini sering dihidapi oleh bayi dan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Penyakit Ekzema ini tidak diketahui puncanya secara jelas, namun ia terkait dengan penyakit yang dibawa melalui keturunan keluarga. Jenis Ekzema yang sering menyerang bayi dan kanak-kanak dikenali sebagai dermatitis atopik.
Antara siptom yang berlaku jika anak anda diserang oleh ekzema ialah, terdapat bintik merah seperti ruam menyebabkan kegatalan. Bahagian badan yang sering terdedah dengan ekzema adalah dibahagian muka, kulit kepala, leher, pelipat siku, dan lutut bayi.
1. Faktor pertama Ekzema ini berlaku ialah kerana alahan seseorang bayi atau kanak-kanak daripada cuaca, makanan dan pakaian. Kadangkala benda-benda ini terdedah dengan pencemaran bakteria seperti hama, kulat dan bahan kimia berbahaya. Ini memungkinkan bayi sangat mudah diserang oleh Ekzema dermatitis atopik ini.
2. Faktor Kedua berlakunya serangan ekzema kerana, seseorang bayi itu tidak mempunyai sistem imunisasi badan yang kuat. Ini menyebabkan bakteria dan kuman mudah menyerang kulit apabila berlaku sentuhan dengan alat permainan atau makanan yang sudah tercemar dan mungkin juga tersentuh dengan pesakit yang mengidapi ekzema secara langsung.
Namun, penyakit Ekzema boleh ditangani dengan penjagaan kulit yang rapi seperti menggunakan pelembap kulit dan pakaian yang tidak panas. Narinar telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan 1 produk yang mampu membantu mengurangkan kegatalan pada kulit anak anda.
Formula dalam Narinar O-Rangers yang diciptakan khas untuk bertindak membasmi kuman secara semulajadi dan membunuh bakteria. Ia terbukti dapat mengatasi isu bakteria dan memberi keharuman di dalam rumah anda. Selain itu ia juga dapat melegakan keradangan kulit dan selamat digunakan khususnya bagi bayi kerana telah dirumus khas bersama minyak pembawa yang tidak merosakkan kulit bayi anda.
Boleh disapukan terus pada kulit bayi dan kanak-kanak atau digunakan dalam mandian. Sapu atau titiskan sahaja pada anak anda.