Sentuhan kulit ke kulit memberi kesan terbaik untuk otak bayi.

Sentuhan kulit ke kulit memberi kesan terbaik untuk otak bayi.

Sentuhan kulit ke kulit memberi kesan terbaik untuk otak bayi.



Kesihatan minda bayi adalah keutamaan setiap ibu. Itulah sebabnya ibu akan mencari sumber pemakanan yang terbaik untuk membantu meningkatkan perkembangan otak anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, mereka sering mengabaikan satu faktor yang mudah tetapi amat penting, iaitu sentuhan kulit ke kulit. Kajian telah membuktikan bahawa sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayinya boleh memberi manfaat kepada otak kanak-kanak.



Apakah sentuhan kulit ke kulit?

Selepas melahirkan si manja, bayi anda akan diletakkan meniarap dan terus ke dada anda. Sentuhan kulit ke kulit adalah masa anda dan bayi anda berpelukan, mengenali satu sama lain. Satu bentuk sentuhan kulit ke kulit yang popular dipanggil penjagaan kanggaru, yang melibatkan bayi yang berada di dalam kantung baju ibunya selama sekurang-kurangnya satu jam.


Manfaat sentuhan kulit ke kulit pada aspek mental

  • Mengenali suara ibu bapa mereka dari dalam rahim.


Bayi sudah kenal suara ibu bapa mereka dari dalam Rahim lagi. Semenjak bayi di dalam kandungan, ibu digalakkan bercakap dengan anak dalam kandungan. Penjagaan kanggaru bukan sahaja menguatkan ikatan antara bayi dan ibu tetapi juga bayi dan bapanya.

  • Mengurangkan kesakitan dan tekanan bayi


Hanya 10 minit hubungan kulit ke kulit dapat membantu mengurangkan tahap kortisol hormon stres dan meningkatkan kadar oksitosin, dengan yang demikian merangsang sistem saraf parasimpatetik untuk memberikan bayi rasa selamat dan tenang.

  • Tidur bayi lebih mudah dan berkualiti dengan Essential Oil Narina
Kanak-kanak yang dipegang pada dada ibu bapa tidur dengan lebih nyenyak dan mudah kerana jalinan ikatan antara ibu dan anak. Urutan atau belaian sebelum tidur memberi impak positive kepada minda. Boleh dilakukan sapuan menggunakan minyak pati Narinar iaitu Sidrie untuk anak tidur lebih nyenyak dan berkualiti. 
  • Teknik vitaflex bantu bonding antara anak dan ibu.

Teknik vitaflex atau urutan lembut untuk anak-anak juga sangat membantu untuk kesihatan anak. Bukan itu saja, bonding antara ibu dan bayi juga meningkat jika menjadi amalan sehingga meningkat usia anak. Menggunakan minyak pati dari Narinar juga membantu meningkat tahap kesihatan anak dengan lebih baik. 








 

Back to blog