Sindrom Kepala Rata

Sindrom Kepala Rata

Bayi dilahirkan dengan tengkorak yang lembut. Tengkorak bayi akan mengeras seiring dengan peningkatan usianya. Bila bayi beri penekanan pada satu bahagian kepala sahaja, sindrom kepala rata boleh terjadi di mana tengkorak bayi mula mengeras mulai usia 1 tahun.

Punca terjadinya sindrom kepala rata

 Membaringkan bayi pada permukaan rata nampak bayi selesa. Tetapi bila bayi baring secara menelentang dalam waktu yang lama, kepala bayi akan tertumpu pada satu titik yang dapat menyebabkannya jadi datar.

Usia bayi yang masih kecil tidak memungkin mereka mengubah posisi tidur dengan sendiri seperti orang dewasa. Antara sebab lain terjadinya sindrom kepala rata ialah tekanan pada tengkorak kepala bayi disebabkan pinggul ibu ataupun saudara kembarnya semada dalam kandungan.

Selain itu, sindrom kepala rata boleh terjadi kerana otot leher bayi yang lemah menyebabkan bayi sukar mengubah kedudukan kepalanya sendiri.

 

Cara Mengatasi Sindrom kepala rata

  1. Tukar posisi kepala bayi dengan kerap semasa tidur

Bayi yang tidur nyenyak itu satu kepuasan pada setiap ibubapa. Janganlah jenguk bayi sahaja sama ada sedang tidur atau tidak, tukarkan sekali posisi kepala bayi dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan. Cara ini dapat elakkan kelapa bayi dari tertumpa pada satu titik sahaja.

 

  1. Sering dukung bayi untuk elak bayi berbaring terlalu lama

Bayi yang masih kecil memang tidak mampu berbuat apa-apa. Dukunglah bayi anda dengan kerap untuk elak bayi baring terlalu lama. Cara ini juga dapat kuatkan bonding anda dan bayi.

Nanti bayi dah besar tak boleh dukung pula kan ;-)

 

  1. Perbanyakkan tummy time untuk menguatkan otot leher bayi

Tummy time atau baringkan bayi dengan perut di tempat rata dapat beri bayi koordinasi dan kekuatan untuk berguling, merangkak, mencapai sesuatu dan bermain.

 

  1. Gunakan topi keledar khusus untuk membentuk tulang tengkorak bayi jika kepala bayi tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada usia 4 hingga 12 bulan.

 

Bukan semua bayi perlukan topi keledar ini untuk membentuk kepala mereka. Dapatkan nasihat doktor sebelum pasangkan topi keledar pada bayi.

 

Back to blog