Percayakah anda dengan keistimewaan urutan vitaflex ia mampu menyelesaikan masalah selsema?
Apakah sebenarnya yang ada pada teknik urutan ini? Ramai yang masih tidak sedar akan kewujudannya pada hari ini.
Teknik urutan vitaflex ini berasal daripada Tibet. Vitaflex bermaksud vitality melalui reflex. Dengan pengaktifan titik reflex cas elektrik akan terhasil melalui ransangan neuroelektrik. Teknik urutan ini lebih berkesan jika digunakan bersama-sama aroma terapi.
Bagaimana teknik urutan vitaflex berfungsi melegakan tubuh badan? Teknik ini menghubungkan pergerakan urutan dengan titik point pada tapak kaki. Ia dapat menyeimbangkan saluran saraf dan seterusnya melancarkan bahagian badan yang penuh dengan toksik yang tersumbat melalui penekanan urutan pada titik tertentu.
Satu urutan mudah diamalkan para ibu kepada si comel untuk melegakan masalah saluran pernafasan. Hanya titiskan aroma terapi di tangan sebanyak 3 titisan dan urut di atas tapak kaki si comel sambil melakukan gerakan gulungan dengan jari jemarinya untuk merangsang saraf. Dengan menggunakan hujung jari, ianya dapat merangsang sistem saraf si comel.
Jika anak selsema, urutan harus ditumpukan pada zon pernafasan. Jika anak mengalami kembung perut pula, urutan harus tertumpu pada bahagian tengah tapak kaki. Namun para ibu seharusnya tahu hanya blended oil yang selamat digunakan ke atas bayi tanpa mencederakan kulitnya.
Untuk tutorial secara visual sila mainkan video dibawah
dan untuk tontonan penuh mengenai teknik urutan vitaflex ini sila tekan butang dibawah !