January 22, 2021 4 min read
Tips Bantu Anak Belajar Dengan Lebih Baik Semasa PKP.
Dalam usaha bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, kita telah diseru oleh kerajaan untuk duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri. Tetapi dengan lebih 89% populasi pelajar dunia terpaksa belajar di rumah kerana penutupan sekolah dan pembatalan peperiksaan penting, ramai ibu bapa kini semakin risau dan dengan apa yang bakal terjadi kepada pembelajaran anak mereka sekiranya perkara ini berterusan?
Dengan sekolah kini mengambil langkah untuk beralih kepada pembelajaran dalam talian, kelas selalunya terhad untuk beberapa jam sahaja. Maka, ibu bapa harus memainkan peranan yang lebih besar pada waktu demi memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Jom ikuti tips- tips untuk bantu anak belajar dengan lebiah baik semasa PKP .